Pertamanya sampai je di Tampok singgah sarapan roti canai di kedai Abg Long Yani, dan jugak untuk menghantar barang yang dipesan.. Disebabkan kereta penuh ngan barang HPA maka byk la yang dibelinya.... Siap promote lagi kat kawan-kawan dia tu... Dalam borak-borak adalah kakak sorang nie kata cawangan HPA di Rengit tu dah dibuka..
Makanya kami pun menuju ke sana dengan hajat utk mencari cawangan, bila dah tau senang la nak soh jaringan gi beli sana...
Sampai disana berjumpalah sepasang suami isteri. Mcm biasalah org HPA ni kan ramah tamah.. Selepas bertaarof sikit sebanyak rupanya abg ni seorang pengurus stokis dan kedainya di belakang cawangan Rengit tu jer.. Sepelaung jer.. baik orgnya.. Kami adalah orang keempat pelanggan cawangan tu.. abg ni yang ketiga....Abis beli brg beliau mempelawa aku ke kedainya pula...
Abg zamri bersama isteri di kedai mereka.
Aku plak berposing bersama sahabat baru..
Lama sungguh kami borak di sana... akhirnya kol 1 lebih td kami smpi ke kampung yani..
No comments:
Post a Comment