Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Monday, March 16, 2009

Hari ini

Assalamualaikum.. Dalam kesibukan jadual hari ini dapat jugak mengambil ruang utk memblog, Pagi tadi bermesyuarat di Cawangan HPA Bandar Baru Bangi. Bermesyuarat utk Program Gen 2 KPA yang akan diadakan pada 28-29 Mac 2009 bertempat di Excel Training Centre di Broga.
Sebenarnya Ketua Unit Latihan KPA iaitu PJM Rosmandi telah menyerap aku sebagai salah seorang AJKnya. Terkejut juga kerana aku tak pernah pulak memohon utk menjadi AJK latihan, tp tanggangjawab ini aku terima kerana inikan perjuangan. Soal pangkat dan jawatan tak perlu menjadi isu. Isunya mcmana kita dapat melaksanakan tugas yang diberikan.. isyaallah mungkin inilah Allah mahu,supaya aku lebih mantap dan terus kuat utk bersama HPA demi memperjuangkan nasib agama,diri,keluarga,bangsa dan negara..

Petang nie pulak ada program di Keramat, memenuhi permintaan Abg Hazuan dan Kak Bib. Ada demo jugak tu rasanya.. Hehehe nanti habis program aku akan update ceritanya..

No comments:

Post a Comment