
Kehadiran peserta Gen-2 adalah 84org peserta yang datang dr johor,Pahang,Selangor dan Perak. Alhamdullilah program kali ini nampaknya berjaya melihatkan dr penglibatan peserta dan daya juang yang ditunjukkan oleh setiap peserta.
GM Al-Wahida Marketing, En Faisol Abd Rahman merasmikan Program Gen-2 ini dan seterusnya mengambil slot Tugas Dan peranan Pemimpin HPA. Motivasi yang diberikan membuatkan sy lebih bersemangat. Walaupun saya tak dapat mengikuti seluruh Program kerana terpaksa bertugas untuk memastikan Program berjalan lancar. tugas sy pada program kali ini agak berbeza yang selama ini saya lakukan di Nilai. Disini sy bertindak menyediakan borang pendaftaran,borang kajiselidik dan juga menyiapkan sijil pada mereka yg hadir. Dan juga tak lupa menyediakan ayam organik BBQ dan membakar Ayam. Kerja yang agak penat tp amat menyeronokan bila melihat peserta makan dgn penuh selera. hehehe menjadi jugak resipi sy tu. Dah lama tak perap ayam ni, resepinya pun tak berapa nak ingat.
Lagi menyeronokan dapat mendengar penjelasan Ust Ahmad Adnan Setiausaha Panel Syariah dan juga Pengurus Pentadbiran HPA.
Dan juga tak lupa tips-tips yng berguna dr Top Leader kita PJM/PJS Cikgu Murad.
Hj Khalid Iskri dgn slot Peranan Fasilitator, yang ini juga amat membantu sy utk memantapkan lagi tugas dan peranan sy sebagai Penyelaras program Komiti Nilai. semoga sy dpt apply kedalam program Komiti.
En Badrul Sani, Sgt menarik slot yang disampaikannya iaitu slot Bijak Berbicara. Dgn ilmu dan Tips yang diberikan sy harap dapat membaiki kekurangan dan kelemahan dalam pengucapan saya.
No comments:
Post a Comment