Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Wednesday, November 4, 2009

Alhamdulillah setinggi syukur kehadrat Allah swt.Setelah ada penurunan sale pada bulan puasa(satu keadaan biasa), sale HPA kembali menyegar pada bulan Oktober yakni RM 14JUTA. Kita amat yakin sale akan terus naik dalam cita-cita mencapai RM 20 juta. Maka untuk itu marilah kita melipat ganda usaha bersama antara syarikat dalam memastikan produk kembali cukup dan para pemimpin maupun pengedar mengaktifkan program cawangan dan PBC. INSYALLAH PASTI TERCAPAI RM 20 JUTA....
Posted by GM at Monday, November 02, 2009

KOMITI HPA NILAI, NEGERI SEMBILAN AKAN MENGADAKAN BEBERAPA PROGRAM ANTARANYA:

KURSUS ASAS BEKAM - 8HB NOVEMBER 2009 ( 9pg-5ptg ) RM35
PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG Allson Klana, Nilai.
14HB & 15HB NOVEMBER 2009 ( RM170 )
PROGRAM KEROHANIAN - 12HB NOVEMBER 2009 ( 7mlm-11mlm )
KURSUS PERUBATAN JAWI - 21HB NOVEMBER 2009 ( 9pg-5ptg ) RM35

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan program. Insyaallah semua program akan diadakan di Cawangan HPA Nilai.

KAPSUL UBAT GELATIN BABI DICOP HALAL


Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal


Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.


Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan."Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.


Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas."Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat. Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA
Posted by GM at Monday, November 02, 2009
KEPADA SEMUA, TOLONG FORWARD KAN, KEJE GILA DAN TIDAK MENGHORMATI AGAMA ORANG LAIN ORANG AMERIKA NI, PAKAT2 DOA SUPAYA ALLAH BALAS PERBUATAN MEREKA YG BUAT SEMACAM MENGHINA KAABAH DAN AGAMA ISLAM KITA.

In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.