Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Wednesday, June 17, 2009

Kelas Refleksiologi

Alhamdullillah tadi Komiti HPA Nilai telah berjaya melaksanakan kelas ilmu, kali ini kami belajar Refleksiologi yang telah dikendalikan oleh saya sendiri.
Hari ini saya telah diuji oleh Allah, kepulangan ayah saya dr Tanah Suci Mekah kali ini disambut dengan deraian airmata kami anak beranak kerana melihat keadaannya yang berkerusi roda diusung oleh Pembantu Kesihatan Airport. Keadaan ayah amat lemah dr pengamatan saya. Sangkaan saya benar bila ayah menceritakan yang dia Hypo kerana tidak berselera makan setelah kena cirit birit. Tangan dan kaki sebelah kirinya telah mengalami hilang fungsi. Ayah juga tidak membuang air kecil sejak hari Ahad lagi. Sampai di rumah saya terus membuat refleksiologi pada kaki ayah, setelah 1/2 jam memicit ayah tertido. 10 minit kemudian ayah terjaga dan minta dibawakan ke tandas kerana ayah terasa ingin membuang air kecil. Alhamdullillah ayah mampu terkencing juga akhirnya dan kencingnya berwarna coklat. Selepas itu saya dan ayah mendapati kaki kirinya mampu diangkat yang sebelumnya tadi tidak. Ayah seronok sangat bila kakinya dapat diangkat walaupun sikit. Selepas itu ayah minta saya memicit tangannya pula. selepas 10 minit memicit ayah mampu menggenggam sepenuhnya tangan kirinya walaupun tidak berapa kuat sangat. Terlihat wajah kesyukuran dari wajah ayah tadi. Syukur sangat saya kerana dapat membantu ayah dengan ilmu yang saya perolehi di Sijil Herbalis yang lalu.
Tadi juga semasa di kelas refleksiologi saya curahkan semua ilmu yang ada pada saya semoga ilmu yang saya perolehi dan yang di curah bermanafaat pada semua, insyaallah. Semoga dapat disampaikan dipraktikan secara semaksimumnya.

Friday, June 12, 2009

Program Iftar dan Usrah Bulanan KPA

Semalam saya menghadiri program ini di Cawangan Bangi, KPA telah menganjurkan program iftar yakni majlis berbuka puasa dan usrah bulanan. Program dipengerusikan oleh Tim. Presiden KPA PJM/PJS Rosmandi Ishak.
Tazkirah disampaikan oleh PJS Ust Asri dari Klang. Beliau menyentuh peranan kita sebagai pemimpin. Kita memang telah dijadikan sebagai pemimpin dan kita harus bertanggungjawab terhadap pimpinan kita.
Program kemudian diteruskan dengan ta'arof para PJS yang baru dilantik. 6 orang kesemuanya, mereka adalah PJS Ust Safuan dr Klang, PJS Ust Asri dr Klang, PJS Baharuddin dr Nilai, PJS Siti Rahmah dr Bangi, PJS Noliah dr Rawang dan PJS Siti Munirah dr Sabak Bernam.
Program diteruskan dengan ucapan Presiden KPA PJM/PJS Hafidzan Fauzi. Ucapan beliau menyentuh beberapa isu dan seterusnya sesi soaljawab.
Program dijalankan agak santai dan program ini akan diadakan lagi pada 2 Julai 2009 di Cawangan Nilai.

Thursday, June 11, 2009

Kelas Mingguan

Alhamdullillah kelas mingguan kali ini mencecah 40 kehadiran.
Kelas dimulakan dengan mengalunkan Nazam HPA dan dipengerusikan oleh Saudara Abd Qahhar. Minggu ini AJK yang ditugaskan utk mengisi slot adalah:-
Profil Syarikat - Ust Syafrudin
Produk Knowledge - Ust Mohamad Radzi
Pelan Pemasaran PBC - Azmely
Motivasi - PJS Baharudin
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdullillah dapat lagi menulis blog yang dah seminggu tak update rasanya, bukan takde idea cuma tak sempat nak menulis kerana selepas balik dari Herbalis ke 16 masa pack utk cover yang urusan 21 hari tertangguh. Terlari sana sini utk menyelesaikannya. Walaubagaimana pun ada 1 lagi perkara besar yang akan perlu saya lakukan iaitu urusan KAHWIN saya. Penat juga nak menjawab semua pertanyaan dr famili dan kawan2 tapi insyaallah setelah pulangnya ayah saya dr umrah segala persoalan itu akan dapat diselesaikan segera. Ini kerana saya tidak mahu buat apa2 kenyataan selagi tidak dipersetujui oleh ayah.
Opps kita stop bab ni dulu yea. Bila dapat tarikhnya akan saya hebahkan pada semua, insyaallah.
Minggu ini aktiviti yang saya telah buat iaitu pada hari Selasa 9hb Jun yg lalu saya telah dijemput oleh rangkaian saya iaitu En Noorsham dan En Raja buat jualan diprogram Mawadah di Wisma Negeri, Seremban atas tiket PENDAMAI, yakni Persatuan Bekas2 Penagih Dadah. Disana saya hadir bersama Haryani dan Kak Aiju. Selain dari jualan kami juga membuat pemeriksaan saraf tapak tangan dan juga rawatan refleksologi. Alhamdullillah pengalaman pertama buat program rawatan refleksologi diluar ni byk mengajar saya utk memperbaiki mana2 kekurangan. Disini juga saya mohon ampun dan maaf pada sesiapa sahaja sekiranya ada bahasa dan apa jua dr saya yang menyakiti hati dan perasaan anda semua kerana saya juga insan biasa yang tidak lepas melakukan kesalahan. wallahu'alam.

Thursday, June 4, 2009

Kelas Mingguan

Alhamdullillah semalam kelas mingguan di Nilai telah berkumandang Nazam HPA yang telah dipimpin oleh saya dan kak Aiju.
Kelas minggu ini kehadiran agak merosot mungkin kerana hujan..
Biar apa pun perjuangan harus diteruskan.
Kelas dipengerusikan oleh saya sendiri dan saya juga memberi slot profil syarikat kerana byk yg perlu dikongsikan dgn rakan yang lain. Kak Aiju pula mengisi slot produk knowledge dgn produk VCO. pelan 5 angka pula diberi oleh Ust Razak dan motivasi diberi oleh Ust Radzi.

Wednesday, June 3, 2009

Sijil Herbalis Telah tamat, Perjuangan sudah bermula.

Setelah 3 minggu belajar pelbagai macam perkara di Sijil Herbalis ini, saya merasa inilah tempat yang saya belajar paling banyak perkara dalam satu-satu masa. Disini jugalah tempatnya yang meninggalkan seribu satu macam kenangan yang akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih pada semua pengajar terutamanya Cikgu/Dr Zaidul Akhbar yang banyak memberi motivasi dan galakan untuk kami berjaya dunia dan akhirat.
Sewaktu terima Watikah Herbalis KPJ.

Bersama rakan seperjuangan


Tn Hj Ismail menyampaikan amanatnya kepada semua Herbalis yang telah menamatkan kursus selama 3 minggu.