Wednesday, February 3, 2010

Mutiara Hati Ibnu Qayyum


"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR. Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Pada 23 Januari yang lalu saya telah dijemput ke Felda Pasoh 3, Kuala Klawang Negeri Sembilan. Program bermula agak lewat kerana ada program bertindan di kawasan itu. Tapi semua itu tidak lah mematahkan semangat kami kerana inilah perjuangan.

Program bermula pada lebih kurang 3.00ptg yang mana saya menerangkan sedikit sebanyak mengenai HPA dan perjuangannya. Dilema makanan halal masa kini yang melanda umat islam khususnya di Malaysia kita tercinta ini. Juga peluang yang boleh diraih bersama HPA yang kini sudah semakin berkembang pesat.

Selepas sesi penerangan, sesi mendiagnos penyakit adalah sesi yang ditunggu oleh kebanyakan mereka yang hadir dalam sekitar lebih kurang 20org. Selepas itu saya membuat perawatan bekam pada yang hadir. Seramai 8 org yang berbekam pada program ini.

Pada keseluruhannya program ini agak berjaya juga kerana selain dari perawatan, penjualan dan keahlian juga memberangsangkan.

Friday, January 22, 2010

Sebuah lagi kejayaan terlakar

Alhamdullillah HPA semakin mendapat tempat di hati umat islam yang sangat hauskan produk halal yang tulen dan tanpa keraguan lagi...
HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.
Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam.
MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal.
Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.
Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.
Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.
Ihsan daripada PJS Jamaluddin Yeop Majlis ( jamalmajlis.blogspot.com )

Thursday, January 14, 2010

Takziah

Salam Takziah buat sahabatku, Saudara Amran yang kehilangan Ayahanda tercinta malam semalam. Banyakkan bersabar, dan doa. Semoga Allahyarham ayahanda Hj. Ariffin ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin...
Aku faham berita ini amat mengejut kerana Allahyarham tidak menghidap penyakit kronik dan sihat walaupun telah berusia 65thn. Semasa bulan lepas kami berjumpa Allahyarham beria-ia mengajak aku ke kebun Cilinya. Apa yang menarik perhatianku bukan la cili yang banyak sekali pada setiap pokok tapi pokok mata kucing yang masih kecil tp mengeluarkan buah yang amat banyak dan besar lagi manis. Aku sempat bertanya apa rahsianya.. Allahyarham berpesan semasa menanam tu pastikan hari masih pagi, selawat dan niatkan agar pokok itu dapat memberi hasil yang banyak untuk dinikmati ramai orang....
Al-fatihah buat Hj Ariffin..

Wednesday, January 13, 2010

Minyak Zaitun

Allah SWT berfirman:

"Demi buah Tiin dan buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri ( Mekah ) yang dijadikan aman..." ( Surah At-Tiin Ayat 1 )

"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca. (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat*, yang minyaknya (saja) hampir- hampir menerangi, walaupun tiada disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpaan-perumpaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." ( Surah An-Nur Ayat 35 )

* Pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit, ia mendapat sinar matahari baik pada waktu matahari terbit maupun ketika akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.

Antara kelebihan Minyak Zaitun.
Bila lagi kita nak berubah???
Sedangkan kita dari awal telah punya pilihan untuk berubat dengan yang ubat yang Halal.
Panduan Kesihatan Secara Islam
Faktor yang boleh mendatangkan penyakit :
1. Bercakap Banyak
2. Makan banyak
3. Tidur banyak
4. Banyak Jimak........
Jadi fikir-fikirkanlah bersama semoga kita menjadi umat islam yang sihat dan kuat demi untuk meneruskan perjuangan yang cukup murni ini..

Pelancaran Produk Terbaru HPA.

Insyaallah pada 25hb Januari 2010 di Hotel De Palma Ampang akan berlangsung pelancaran produk baru HPA oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tn. Hj Ismail Hj Ahmad jam 8.30mlm.
Antara produk yang akan dilancarkan adalah Penapis Air DEW, Air Minuman DEW dan Radix Sahara
Nama Produk : Dew Minuman Berperisa (400ml)

NM : 0.5

Harga Pengedar : RM3.00 (S/M), RM3.50 (S/S)

Harga Pengguna : RM3.50 (S/M), RM4.00 (S/S)

Penapis Air DEW
Jom pakat ramai-ramai kita gempur KPJ Ampang. Ambil peluang ini bawa prospek ke sana.


Wisma HPA



Alhamdullillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan kasih sayangNya, HPA mampu bertahan sehingga ke hari ini. Walau berdepan pelbagai ujian dan halangan tetapi perjuangan ini tetap diteruskan demi kerana Ummah.


Sekiranya diizinkan Allah, Wisma HPA akan dirasmikan pada bulan Mac 2010 ini. Berlokasi di Seksyen 13 Shah Alam. Bangunan setinggi 12 tingkat ini akan menjadi ibupejabat HPA.


Insyaallah akan tercapailah cita-cita bagi merealisasikan RM20juta sebulan pada tahun ini. Melihat pada potensi terkini kita mampu untuk mencecah RM20juta itu pada April ini. Insyaallah.