Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Tuesday, March 17, 2009

PROGRAM DI PANGSAPURI MAWARSARI, KERAMAT

Alhamdullillah semalam kami beberapa AJK Komiti Nilai telah dijemput kesebuah program yang dianjurkan oleh En Hazuan Zulkifli. Terima Kasih kerana menjemput kami dan layanan baik yang kami terima.

Kami sampai disana dalam lebih kurang 7.30mlm, selesai solat Maghrib kami dijamu makan malam. Selesai makan kami solat Isyak dan kemudian barulah ke dewan blok C pangsapuri tersebut. Program bermula agak sedikit lewat. Walaubagaimanapun sambutan agak baik, lebih dari 20org yang hadir.

Program dimulakan dengan aluan dr penganjur kemudian majlis dimulakan dengan Isu Halal Haram yang disampaikan oleh Ust. Abd Razak Mohamed, Biro Kerohanian Komiti Nilai. Riaksi yang hadir malam itu nampak terkejut bila slide menunjukkan antara makanan yang meragukan yang diambil dr buku Halal Haram terbitan CAP.

Program diteruskan dengan Profil HPA yang mana menjadi alternatif terbaik umat Islam dalam mencari produk Halal,suci lagi baik. Saya dipertanggungjawabkan utk menyampaikan slot ini dan seterusnya membuat sedikit demo. Saya mengambil kopi radix, teh herba dan air mineral HPA label merah sebagai sample saya kali ini. Tepukan kedengaran bila lampu menyala terang dalam kesemua sample itu.. malahan ada yang melopong melihatnya.. hehehehehe.

Program kemuncak adalah diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan, alhamdullillah ramai yang mengambil peluang mengesan tanda penyakit yang ada pada mereka. Macam biasa la ni kan slot kegemaran Kak Bib. Alhamdullillah jualan produk juga agak laris malam itu.

Program berakhir lebih kurang 11.45mlm. sebelum itu kami dijamu dengan jamuan ringan. Alhamdullillah selesai satu lagi program yang pada saya berjaya. tahniah kepada Abg Hazuan diatas penganjuran program ini.. kejayaan bukan mudah jalannya, banyak liku dan halangan menanti dihadapannya. insyaallah sekiranya kita istiqamah dan bertawakal serta berdoa maka bantuan Allah akan bersama kita. Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment