Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Monday, May 4, 2009

2 dan 3 Mei 2009

Pada 2 Mei Komiti Nilai telah menganjurkan Kelas Diagnosis Saraf Tapak Tangan. Kelas ini telah dibimbing oleh Penaung Komiti HPA Nilai iaitu PJM/PJS Pn Siti Habibah Yusof.

Pada 3 Mei pula Komiti menganjurkan Kelas Asas Rawatan bekam yang sepatutnya dibimbing oleh Pengerusi Komiti Nilai, Ust Mohamad Radzi Hj Ariffin yang telah dimasukkan ke Hospital. Walau bagaimana pun saya mengambil tanggungjawab itu utk meneruskan legasi yang telah dibina oleh Ustaz Radzi. Bukan lah pandai sangat tetapi membimbing dengan pengalaman merawat yang saya timba sebelum ini.

Insyaallah saya akan mendalami ilmu mendiagnos Saraf tapak tangan,bekam dan lain-lain di kursus Herbalis nanti. Selepas itu saya ingin menyampaikan dan berkongsi ilmu yang telah saya timba disana nanti. Ini harapan dan tanda terima kasih saya pada Komiti Nilai dan kak bib yang telah menaja saya ke Kursus Herbalis ini.

Thursday, April 30, 2009

Diapers Baby akan dipasarkan

Petang tadi (29 April) telah berlangsung mesyuarat akhir projek pengeluaran produk terbaru HPA iaitu Babyku Diapers. InsyaAllah, produk ini akan berada dipasaran selewat-lewatnya pertengahan May 09.

Antara kelebihan lampin pakai buang yang HPA keluarkan ini ialah:
1. Gred terbaik.
2. Satu-satunya lampin pakai buang keluaran Muslim.
3. Pelekat tahan lasak (vikro) yang mampu lekat berulang kali.
4. Leak guard.
5. Penyerapan extra.
6. kain yang berkualiti tinggi.

Diambil daripada website http://bizdevhpa.blogspot.com/

Aktiviti Minggu Ini

Pada hari Selasa (28 April 2009 ) dijemput ke Perasmian Stokis AU4.
Bersama sebahagian keluarga Penganjur, En Zulkifli Adam.
Pelanggan berpusu-pusu membeli produk HPA selepas program perasmian.
Sebahagian yang hadir.
Bagi yang berhampiran bleh la berurusan dgn no yang tertera.

Perasmian dan kenduri kesyukuran...

Monday, April 27, 2009

25-26 April 2009..Suka duka seorang Pejuang..

Selepas program PBC tamat kami bergegas ke Hospital Seremban untuk melawat Pengerusi Komiti, Ust Radzi. Beliau pada mulanya berkeras utk tidak mahu ke Hospital utk dirawat.Pengerusi Komiti Nilai, Ust Mohammad Radzi Hj Ariffin dimasukkan kedalam wad utk dibedah kerana mengalami bisul. Bisul yg menyerang beliau dikatogerikan bisul jahat dimana ianya akan menyerang seluruh sistem tubuh. Tp alhamdullillah kerana berkat pengamalan Herba HPA yang berterusan ianya tidak menyerang tulang dan masuk ke dalam darah Ustaz.
Pemimpin Contoh. Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa bagus Ust masih sempat memberikan kami motivasi dan berpesan kepada kami utk teruskan perjuangan ini. Sebak saya dengar kata kata beliau. Beliau berpesan supaya kami jangan berhenti menaja dan bercakap, berjuang dan berkorban utk HPA. Tapi saya percaya, kalau ada 1000 org pemimpin seperti Ust Radzi ini dalam HPA, kita ( HPA ) akan menawan seluruh dunia ini, insyaallah.. marilah kita doakan kesihatan dan penderitaan beliau segera kembali seperti sedia kala.

Sekitar PBC Nilai, 25-26 April 2009


Peserta Muslimah Terbaik.. Pn Rohaizah Mohamad Soho...
Peserta Muslimin Terbaik Shafriezal Md Kasim
Kumpulan Terbaik Program Perkongsian Bijak Cemerlang 25-26 April 2009

Barisan urusetia bertugas pada kali ini, Ramai diantara AJK tidak dapat bersama kerana mempunyai komitmen lain.
Para peserta PBC bersama urusetia bergambar kenang-kenangan.

Monday, April 13, 2009

PBC ALLSON KLANA


















Alhamdullillah PBC Nilai dah selesai.. Syukur kehadrat ilahi walaupun berlaku perubahan tempat dari De Palma, Ampang ke Allson Klana tp peserta yang berdaftar awal tetap hadir walaupun telah ke De Palma Ampang terlebih dahulu. Malahan ada yang telah tersesat sampai ke Seremban namun tetap juga bersama kami akhirnya.
PBC Nilai kali ini bertuah kerana PJS Tuan Syed Ageel telah hadir. Perasmian kali ini dirasmikan oleh PJM Rosmandi Ishak, Tim. Presiden KPA yang seterusnya memberi slot Halal Haram.
Tayangan Malam dan Demo Produk seperti mana biasa adalah tugas saya. Hehehe cuma kali ini Iodin yang dibeli tak memenuhi syarat. tapi takpe kerana ubat gigi memainkan peranannya. Iodin yang perlu utk buat demo adalah sekurang-kurangnya 10%.















Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan komitmen para peserta kali ini.

Thursday, April 9, 2009

Hari ini

Hari ini aktiviti penuh, dari pagi saya dah keluar untuk service downline, kemudian ada appointment dgn dealer souveir utk buat keychain dan card holder utk Komiti Nilai.

Tengahari pula jumpa PJS Abg Zul utk pulangkan broadbandnya yang bermasalah tempohari, alhamdullillah takde la susah sgt nak atasinya.
Kemudian saya ke Kajang dgn niat nak beli Aiskrim, niat tu nak beli byk sebab dengar baru sampai je. Tapi bila dah sampai cawangan cuma yang tinggal hanya 3 aje. Nak tak nak saya ambik la 2. tinggalkan 1 tu utk org lain yang nak rasa plak.
Dari Kajang terus ke Seri Kembangan, service downline bagi dia rasa aiskrim perisa kopi Radix tu.. dah lama dok citer ngn dia aiskrim,aiskrim. Hari ni dapat la dia rasa aiskrim tu. Seronok tgk org tua makan aiskrim apatah lagi budak-budak.. hehehe
Kemudian terus ke Nilai, nak gi jumpa Abg Norsham. Jumpa di Cawangan Nilai dan lepas borak-borak dapat la dia sebekas Aiskrim perisa Kopi Radix sebagai tanda terima kasih saya kepadanya. Nak bagi lelain lum lagi la, bonus saya masih ciput lagi. hehehehe
pehhhh penat sungguh hari ini. Walau apa pun ini lah perkara yang saya suka buat... Bukan senang nak senang dan bukan susah nak buat orang seronok..

Sunday, April 5, 2009

PBC Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Inilah PBC Kuala Pilah yang pertama diadakan di Desa Inn, Kuala Pilah. Tempatnya cukup menarik dan selesa. Dikali ini saya telah memberi slot Profil Syarikat, 5 Angka 5 bulan, dan demo berkesan


Alhamdullillah PBC Kuala Pilah telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun penyertaan tidaklah ramai sangat tetapi mereka adalah peserta yang cukup berkualiti. Dan PBC kali ini dihadiri oleh rakan kongsi baru saya iaitu saudara Mohd Noorsham
dan 2 lagi rakan kongsinya Raja Mohd Zulkifli dan Mohd Fadzil. Mereka semua cukup bersemangat dan telah merangka byk program. Allahamdullillah puji-pujian bagi Allah yang melimpahkan rahmatNya keatasku.
Syukur setelah sekian lama ku mencari sebutir mutiara, dengan izin Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akhirnya pencarian ini telah kutemui. Dan ini bukanlah yang terakhir tapi inilah penolakku untuk aku lahirkan lebih ramai lagi pemimpin rangkaian dibawahku. Insyaallah.

Tuesday, March 31, 2009

Sate Ayam Organik HPA


Subhanallah.. hanya Allah sahaja yang tahu... Saya terpegun dengan keenakan rasa sate Ayam Organik HPA yg baru je sampai ke Lembah Kelang ni. Alhamdullillah sy memang minat sgt dengan sate ni. hehehe rasa satenya sgt hebat dgn harga yang cukup berpatutan RM12/20 cucuk dgn 2nm itu menjadikan sate ini yg terbaik dan tersedap ( itu pandangan sy, tuan-tuan sy tak tahu )

Monday, March 30, 2009

Program Gen 2 di Excel Training Centre


Kehadiran peserta Gen-2 adalah 84org peserta yang datang dr johor,Pahang,Selangor dan Perak. Alhamdullilah program kali ini nampaknya berjaya melihatkan dr penglibatan peserta dan daya juang yang ditunjukkan oleh setiap peserta.


GM Al-Wahida Marketing, En Faisol Abd Rahman merasmikan Program Gen-2 ini dan seterusnya mengambil slot Tugas Dan peranan Pemimpin HPA. Motivasi yang diberikan membuatkan sy lebih bersemangat. Walaupun saya tak dapat mengikuti seluruh Program kerana terpaksa bertugas untuk memastikan Program berjalan lancar. tugas sy pada program kali ini agak berbeza yang selama ini saya lakukan di Nilai. Disini sy bertindak menyediakan borang pendaftaran,borang kajiselidik dan juga menyiapkan sijil pada mereka yg hadir. Dan juga tak lupa menyediakan ayam organik BBQ dan membakar Ayam. Kerja yang agak penat tp amat menyeronokan bila melihat peserta makan dgn penuh selera. hehehe menjadi jugak resipi sy tu. Dah lama tak perap ayam ni, resepinya pun tak berapa nak ingat.


Lagi menyeronokan dapat mendengar penjelasan Ust Ahmad Adnan Setiausaha Panel Syariah dan juga Pengurus Pentadbiran HPA.

Dan juga tak lupa tips-tips yng berguna dr Top Leader kita PJM/PJS Cikgu Murad.

Hj Khalid Iskri dgn slot Peranan Fasilitator, yang ini juga amat membantu sy utk memantapkan lagi tugas dan peranan sy sebagai Penyelaras program Komiti Nilai. semoga sy dpt apply kedalam program Komiti.

En Badrul Sani, Sgt menarik slot yang disampaikannya iaitu slot Bijak Berbicara. Dgn ilmu dan Tips yang diberikan sy harap dapat membaiki kekurangan dan kelemahan dalam pengucapan saya.

Penat dan lelah dihargai, sijil yang kutaip sendiri diberikan oleh Presiden Kelab Pemimpin Al-Wahida, PJM/PJS Hafidzan Fauzi. Alhamdullillah byk ilmu baru yang sy dapat dalam program Gen-2 ini. Semoga ilmu ini akan sy menafaatkan kepada para pejuang HPA di PBC kelak.

Friday, March 27, 2009

Kuliah Perubatan Jawi



Semalam saya ke Hotel De Palma Ampang untuk menghadiri KPJ. Ini adalah kali pertama KPJ diadakan disana.

Disana Tn. Hj menceritakan tentang kencing manis dan bagaimana nak merawat. Dan kemudian tn hj mengumumkan perkembangan terkini syarikat dimana RFC dijangka akan dibuka sebanyak 20 cawangan sehingga akhir tahun ini.

Sijil Herbalis akan diadakan pada 11 Mei 2009 hingga 31 Mei 2009.. Insyaallah kali ini termakbul la impian sy untuk mengikuti sijil herbalis. Terima Kasih pada Kak Bib kerana beliau la sy dapat ke Sijil Herbalis kali ini.

Dan besok akan berlangsungnya program menjana pemimpin berhemah ( Gen-2 ), insyaallah sy akan berada disana.

Thursday, March 26, 2009

Kelas Mingguan Nilai 25 Mac 2009..

Kelas Nilai semalam kehadiran agak memberangsangkan, lebih kurang 60org. Alhamdullillah



Seperti biasa kelas dipengerusikan oleh ust Razak dan saya mengisi slot Profil Syarikat.



Kemudian PJS/Herbalis Fatin dengan Slot Produk Knowledge - Morin-A.



Yang istimewa hari ini Presiden KPA, PJM Hafidzan membentangkan Pelan Pemasaran secara terperinci.

Wednesday, March 25, 2009




GARLIC OIL SOFTGEL
- sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia
1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium
13. Mengonsumsi 2-3 siung bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meringankan tukak lambung
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.
Harga Semenanjung
Pengedar: RM28.00
Penguna : RM32.00
Sabah/Sarawak
Pengedar : RM32.00
Penguna : RM36.00



Monday, March 23, 2009

PBC Allson Klana Nilai


PBC Nilai dah berlalu semalam, sy smpai pada sebelah malam hari sabtu tu, makanya sy terlepas hari pertama dengan peserta. Walau bagaimana pun sy sempat bersama mereka dengan mengendali slot tayangan malam dan malam bintang-bintang. Malam ini sy beri kelainan iaitu sy menjemput semua AJK Komiti Nilai kedepan utk berkongsi pengalaman mereka.

Pada sebelah pagi ahad selepas produk knowledge yang disampaikan oleh Ust Radzi, giliran sy pula untuk slot demo yang memukau.




Thursday, March 19, 2009

Kelas Mingguan

Semalam kelas mingguan di Nilai, Minggu ini kehadiran agak menghampakan kerana cuma 20 org sahaja yang hadir. Walau bagaimanapun ini tidak mematahkan semangat saya utk menyampaikan slot yang telah dipertanggungjawabkan. Minggu ini slot saya adalah profil syarikat dan pelan pemasaran.

Slot ilmu produk pula diisi oleh herbalis Aminnudin dengan tajuk EQ Minda. dan Ust Radzi pula mengisi slot Motivasi dengan mewar-warkan rancangan Komiti Nilai untuk melawat ke Perlis dan kedah. Melihat perkembangan HPA dengan mata kepala sendiri ( seeing to believe ). Moga semua yang pergi pulang dengan semangat membara utk lebih motivasi dan seterusnya menyalurkan motivasi itu kepada bakal prospek nanti, insyaallah.

Dan tempat hanya sekadar 42 shj. Siapa cepat dia dapat. Insyaallah Tarikh lawatan adalah 18-19 APRIL 2009. RM150 shj. Tarikh tutup 1 APRIL 2009

Tuesday, March 17, 2009

PROGRAM DI PANGSAPURI MAWARSARI, KERAMAT

Alhamdullillah semalam kami beberapa AJK Komiti Nilai telah dijemput kesebuah program yang dianjurkan oleh En Hazuan Zulkifli. Terima Kasih kerana menjemput kami dan layanan baik yang kami terima.

Kami sampai disana dalam lebih kurang 7.30mlm, selesai solat Maghrib kami dijamu makan malam. Selesai makan kami solat Isyak dan kemudian barulah ke dewan blok C pangsapuri tersebut. Program bermula agak sedikit lewat. Walaubagaimanapun sambutan agak baik, lebih dari 20org yang hadir.

Program dimulakan dengan aluan dr penganjur kemudian majlis dimulakan dengan Isu Halal Haram yang disampaikan oleh Ust. Abd Razak Mohamed, Biro Kerohanian Komiti Nilai. Riaksi yang hadir malam itu nampak terkejut bila slide menunjukkan antara makanan yang meragukan yang diambil dr buku Halal Haram terbitan CAP.

Program diteruskan dengan Profil HPA yang mana menjadi alternatif terbaik umat Islam dalam mencari produk Halal,suci lagi baik. Saya dipertanggungjawabkan utk menyampaikan slot ini dan seterusnya membuat sedikit demo. Saya mengambil kopi radix, teh herba dan air mineral HPA label merah sebagai sample saya kali ini. Tepukan kedengaran bila lampu menyala terang dalam kesemua sample itu.. malahan ada yang melopong melihatnya.. hehehehehe.

Program kemuncak adalah diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan, alhamdullillah ramai yang mengambil peluang mengesan tanda penyakit yang ada pada mereka. Macam biasa la ni kan slot kegemaran Kak Bib. Alhamdullillah jualan produk juga agak laris malam itu.

Program berakhir lebih kurang 11.45mlm. sebelum itu kami dijamu dengan jamuan ringan. Alhamdullillah selesai satu lagi program yang pada saya berjaya. tahniah kepada Abg Hazuan diatas penganjuran program ini.. kejayaan bukan mudah jalannya, banyak liku dan halangan menanti dihadapannya. insyaallah sekiranya kita istiqamah dan bertawakal serta berdoa maka bantuan Allah akan bersama kita. Wallahuaklam