
Inilah PBC Kuala Pilah yang pertama diadakan di Desa Inn, Kuala Pilah. Tempatnya cukup menarik dan selesa. Dikali ini saya telah memberi slot Profil Syarikat, 5 Angka 5 bulan, dan demo berkesan

Alhamdullillah PBC Kuala Pilah telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun penyertaan tidaklah ramai sangat tetapi mereka adalah peserta yang cukup berkualiti. Dan PBC kali ini dihadiri oleh rakan kongsi baru saya iaitu saudara Mohd Noorsham

dan 2 lagi rakan kongsinya Raja Mohd Zulkifli dan Mohd Fadzil. Mereka semua cukup bersemangat dan telah merangka byk program. Allahamdullillah puji-pujian bagi Allah yang melimpahkan rahmatNya keatasku.

Syukur setelah sekian lama ku mencari sebutir mutiara, dengan izin Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akhirnya pencarian ini telah kutemui. Dan ini bukanlah yang terakhir tapi inilah penolakku untuk aku lahirkan lebih ramai lagi pemimpin rangkaian dibawahku. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment