Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, July 14, 2011

Setinggi Syukur padaMu Ya Allah....

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualiti) ibadahku kepada-Mu.”
Doa ini Rasul wasiatkan kepada Muadz bin Jabbal agar senantiasa dibaca setelah shalat. (HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488)

Pada jam 2.30petang hari isnin 11hb Julai 2011, isteri kesayangan ku telah di masukkan ke bilik Bersalin Hospital Kajang, Selangor Darul Ehsan.. Aku menanti dengan penuh sabar dan debaran... Jam 7 petang aku tidak menerima apa apa info mengenai isteri ku.. Aku bertanya pada jururawat dan mereka menjawab isteriku masih belum bersalin, bukaannya baru 3cm ketika itu..
Jam 9.malam... aku kembali ke kaunter jururawat.. jawabannya masih sama cuma bukaannya 4cm dan aku mohon untuk bertemu dengan isteriku... jawapannya amat menghampakan aku.. Tidak Boleh... Dia jawab malam sikit boleh kot... Bayangkan berapa lama harusku menanti dengan penuh tanda tanya... Hanya Allah yang mengetahuinya...

Jam 11 malam sekali lagi aku mohon untuk bertemu isteriku... kali ini aku bertegas ingin jumpa jugak... dalam mahu tak mahu jururawat itu membenarkan aku berjumpa isteriku.. patutla jururawat tidak mengizinkan aku masuk kerana keadaan ruang bilik bersalin yang berkongsi.. suami wanita itu juga turut dibenarkan melihat isterinya. Setelah melihat isteri hatiku luluh melihat kesakitannya... Ya Allah Kau permudahkanlah isteriku ini.. Ringankanlah penderitaannya itu.. Tak tahan melihatnya... Setelah itu aku diminta keluar kerana doktor ingin memeriksa keadaan isteriku...

Jam 4.45pagi... Setelah kepanasan kat ruang menunggu yang mendebarkan itu.. sekali lagi aku ke kaunter jururawat untuk bertanyakan hal isteriku... Risau hatiku ini mengatasi segalanya.. Kesalnya aku bila tiada makluman diberikan sepanjang isteriku bertarung nyawa di bilik bersalin itu... rupanya isteriku dah selamat bersalin pada jam 2.14pagi 12hb Julai 2011. rupanya dia akan maklumkan bila ibu dan baby telah diselesaikan dan aku dibenarkan berjumpa dengan mereka.. Setelah mengazan dan menqamadkan anak ku isteriku ditempatkan ke wad bersalin..

Tengahari waktu melawat 1230 isteriku memaklumkan bayi ku dihantar ke wad rawatan rapi bayi untuk pemantauan kerana bayiku tidak mahu minum dan muntah lendir hijau. Sehingga hari ini 14hb Julai 2011 bayiku masih disana kerana laporan sampel darah menunjukkan darahnya berkuman.. Doktor ingin memantau sepenuhnya perkembangan bayiku.. Alhamdullillah kini bayiku dah mula minum susu ibunya dengan baik walaupun agak sederhana..

Ya Allah TabahkanLah hati kami ini Ya Allah.. Sesungguhnya padaMU saja lah kami berserah segalanya..

No comments:

Post a Comment