Alhamdullillah PBC Nilai dah selesai.. Syukur kehadrat ilahi walaupun berlaku perubahan tempat dari De Palma, Ampang ke Allson Klana tp peserta yang berdaftar awal tetap hadir walaupun telah ke De Palma Ampang terlebih dahulu. Malahan ada yang telah tersesat sampai ke Seremban namun tetap juga bersama kami akhirnya.
PBC Nilai kali ini bertuah kerana PJS Tuan Syed Ageel telah hadir. Perasmian kali ini dirasmikan oleh PJM Rosmandi Ishak, Tim. Presiden KPA yang seterusnya memberi slot Halal Haram.
Tayangan Malam dan Demo Produk seperti mana biasa adalah tugas
saya. Hehehe cuma kali 
ini Iodin yang dibeli tak memenuhi syarat. tapi takpe kerana ubat gigi memainkan peranannya. Iodin yang perlu utk buat demo adalah sekurang-kurangnya 10%. 
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan komitmen para peserta kali ini.
No comments:
Post a Comment