Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Saturday, October 16, 2010

Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

Oct 12, 2010

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.

Source: PMM

Thursday, October 7, 2010

Pemergiaan Ayahanda Tercinta..

Pada jam 4.29pg saya mendapat SMS dari Along yang memaklumkan ayah di Hospital Kajang kerana sesak nafas.. Tersentak dengan SMS itu saya menelefon Alang, saya bertanya Alang keadaan ayah. Alang menyatakan akan gi ziarah selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah. Mendengarkan itu tenang sikit aku kerana keadaan ayah tidak la kritikal. Sesampai aku di Hospital Kajang, Along kata ayah dah ok dan akan ditempatkan ke Wad. Kemudian Doktor membenarkan kami melawat ayah. Ayah sangat seronok dapat jumpa saya. Rindu sangat ayah pada saya. tak lama kemudian ayah kembali sesak nafas, saya diarahkan keluar... Walaupun hati memberontak tak mahu keluar tapi kerana menghormati tugas mereka saya dengan hati yang cukup berat meninggalkan ayah. Para doktor menjalankan tugas mereka. Tak lama kemudian Doktor keluar dan memberitahu keadaan ayah 50/50 dan memesan supaya keluarga diberitahu. Saya dengan pantas menelefon semua adik beradik supaya balik segera. Sebelum subuh saya mendengar ayah mengerang.. luluh hati saya mendengarnya.. oleh kerana pintu tidak rapat ditutup maka aku dapat melihat dan mendengar semua aktiviti didalam walaupun tidak nampak apa yang doktor lakukan kerana halangan tirai. Tidak lama selepas itu sya mendengar ayah mengerang lagi tapi kali ini ayah meyebut ALLAH.. tidak salah saya 7 kali aku mendengar ayah memanggil Allah dengan yang terakhir agak perlahan dan panjang. Ketika itu hati saya sangat risau tapi berpura-pura tidak menunjukkannya.. Sesudah itu aku segera solat subuh dan membaca yassin semoga ayah selamat dan jika ayah pergi ayah pergi dengan mudah. Sesudah itu lebih kurang pukul 6.20pg doktor keluar dan menyatakan yang ayah telah pergi....

Semoga Allah menempatkan ayah di kalangan orang-orang yang beriman dan syurgaNya sebagai tempat tinggal abadinya kerana sepanjang hayatnya ayah sangat suka dengan masjid, Malahan ayah adalah mantan setiausaha Masjid Jamek Raja Muda Musa, Semenyih. Sejak dari pencen ayah mengabdikan kebanyakan masanya dengan aktiviti masjid. Semoga usaha ayah dikira sebagai ibadat oleh ALLAH SWT. AL fatihah buat ayah...

Wednesday, October 6, 2010

Perubatan Jawi KHAS

Memang best sangat semalam di HPAic menghadiri program khas selepas perasmian HPAic.. Program dimulakan dengan slot Hijamah yang disampaikan oleh Dr Zaidul Akhbar

Slot Hijamah lebih menekankan kepada prosedur yang lebih praktikal dan standart. Malahan Dr Zaidul menyarankan ditubuhkan Pertubuhan/Persatuan Bekam Malaysia supaya pembekam di Malaysia dapat mempraktikkan Bekam dan diperakui oleh KKM.

Slot seterusnya di isi oleh Ir Tata Saputra dengan slotnya Pembetulan Tulang Belakang dan selepas Asar di tunjukkan pula kaedah PTB dan paling beruntungnya ada beberapa langkah baru yang dapat dipelajari..

Program sebelah siang ini di kendalikan oleh Pak Agus.


Program sebelah malam pula dimulai dengan ucapan motivasi daripada PJM Rosmandi yang bertindak sebagai host utk program malam. Program malam itu dimulai dengan 2 buah nasyid daripada HPA Raihan sebelum ceramah penuh emosi dan semangat yang disampaikan oleh Ust Fadlan Rabbani Garamatan...

"Indahnya Kebersamaan" ceramah yang sangat menyentuh hati kecik ku.. Untungnya kita ( Ahli HPA ) atas kebersamaan ini.. Infak kita sampai ke umat islam yang memerlukan di tambah pula dengan Tn Hj Ismail yang sangat prihatin dengan keperluan umat islam yang mendambakan produk HALAL yang di hasilkan oleh UMAT ISLAM sendiri.. Alangkah malang bagi mereka yang belum bersama HPA.. tapi ini adalah tugas kita untuk menyampaikan wardah ini kepada seluruh umat islam khususnya di Malaysia ini..Marilah kita mula mengorak langkah untuk memastikan wardah perjuangan ini disampaikan dan terus disampaikan.. semoga ALLAH membantu dan merahmati usaha kecil kita ini..

Thursday, September 23, 2010

Bagaimana Untuk Berjaya

Ramai yang ingin berjaya. Kalau kita tanya orang yang ada disekeliling kita, siapa yang tak nak berjaya? Tak ada orang yang kata tak nak. Semua orang impikan kejayaan tapi tahukah anda ciri-ciri orang yang berjaya dan apa yang mereka lakukan.

Sebenarnya untuk mencapai kejayaan bukannya susah. Kita kena ada ciri-ciri orang berjaya untuk kita jadikan contah. Bersama ini saya terangkan 7 ciri-ciri tersebut untuk pengetahuan anda.

1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat

Maksudnya disini, apabila anda berusaha untuk memajukan diri tapi dipandang rendah oleh orang lain. Mereka sering memperkecilkan kebolehan anda. Mereka mengatakan yang anda tidak mampu untuk melakukannya. Anda jangan jadikan ini satu alasan untuk tidak berusaha. Anda harus menjadikan perkara ini sebagai pembakar semangat dan penuh keyakinan dalam mencapai cita-cita anda. Anda kena buktikan pada mereka yang memandang randah pada anda yang anda mampu untuk melakukannya dan pasti akan berjaya.

2. Sentiasa Mencari Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda hendaklah sentiasa mencari peluang yang ada. Contohnya begini: Anda berada di satu tempat atau negara yang semua rakyatnya tidak memakai selipar. Bagi anda yang negetif, pasti anda tidak akan menjual selipar di negara tersebut sebab dah tentu dia orang tak akan beli. Tapi bagi anda yang positif, anda nampak ini adalah satu peluang yang tak boleh diabaikan. Anda akan menjual selipar dan akan mengajar rakyat negara tersebut cara- cara mengunakan selipar dan menerangkan sebab-sebab mengapa mereka perlu memakainya.

Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan nampak peluang yang ada.

3. Sentiasa Berusaha

Dalam hal ini, anda kenalah sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Ciri orang yang berjaya ialah tidak pernah mengenal puas dengan kejayaan yang mereka capai. Mereka akan berusaha lagi terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya anda kena ada sikap seperti ini. Tidak kenal erti penat dan tidak pernah menggaku kalah.

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Dalam mengejar cita-cita atau mencapai kejayaan, kegagalan adalah lumrah. anda kena ingat yang ini adalah dugaan Tuhan pada anda. Anda harus menerima setiap kegagalan dengan hati yang terbuka dan belajar dari kegagalan tersebut. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala dugaan. Berani mengaku salah atau berani menghadapi kegagalan dan bangkit menghadapi segala kegagalan adalah satu sikap yang baik untuk anda jika inginkan kejayaan.

5. Sentiasa Memperbaiki Diri

Seperti yang dibincangkan tadi, Jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan. Sentiasa mengkaji kelemahan yang ada dan berudsaha untuk membaikinya. Jika kita gagal, renung diri kita dan tanya di mana silapnya? Inilah satu-satunya cara untuk kita maju dan berjaya.

6. Menilai dulu apa kata orang

Dalam kita berusaha mengejar cita-cita, pasti ramai yang akan berkata tentang diri kita dan usaha anda. Jadi jangan anda menolak mentah-mentah setiap apa yang dikatakan oleh mereka. Anda harus meneliti setiap kata-kata mereka kerana mungkin ada baiknya. Kata-kata orang yang iri hati atau cemburu dengan usaha anda mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki diri dan menjadikan kata-kata mereka sebagai panduan dalam mencapai kejayaan.

7. Bangun Bila Jatuh

Inilah perkara yang paling penting dalam anda mengejar cita-cita. Tidak kenal putus asa dan tidak takut dengan kegagalan. Anda harus bangkit dari kegagalan dan menempuhinya dengan penuh kekuatan. Simpan dalan diri anda yang anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kegagalan ini adalah bukti yang anda telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Belajar dari Kesilapan. Seperti yang saya pernah kata pada entri yang lepas Universiti yang tak ada di dunia ini ialah Universiti pengalaman.

Jadi, lebih baik anda lakukan sesuatu daripada anda tidak melakukan apa-apa. Renung-renungkanlah…..

Monday, September 20, 2010

Mencari Ketenangan...

Dalam hidup ini, kita kena ada sifat yang baik dan disukai oleh orang lain. Kita seharusnya menjadi yang terbaik di kalangan orang lain. Agar diri kita menjadi contoh pada rakan-rakan kita. Kita juga harus mempunyai ketenangan dalam menjalankan kerja harian kita. Untuk mencapai ketenangan dalam hidup, sebenarnya taklah susah sangat. Ianya akan menjadi mudah kalau kita mengamalkannya. Disini saya ingin kupaskan 3 perkara utama untuk mendapat taraf ketenangan yang tinggi iaitu:-
  1. Sentiasa memaafkan orang lain yang buat salah pada kita. Kita seharusnya mempunyai sifat pemaaf kerana ianya dapat memberi kita ketenangan dalam mengharungi hidup. Sifat memaafkan ini amat baik jika kita amalkan sebab jiwa kita juga akan tenang. Maafkanlah jika ada sesiapa melakukan kesalahan pada kita. Kita tak akan rugi jika kita memaafkan mereka malah kita akan dipandang tinggi dikalangan mereka. Percaya atau tidak, sifat memaafkan ini dapat mengurangkan rasa tertekan dalam hidup kita. Kita pasti akan merasa puas apabila kita memaafkan orang yang bersalah pada kita. Cubalah lakukannya. Tak rugi jika kita mencuba.
  2. Sentiasa memohon maaf pada orang lain atas kesalahan kita. Mungkin kita rasa kurang selesa untuk melakukan perkara ini. Tapi percayalah, jika anda melakukannya, anda pasti akan merasa lega dan tenang. Kebanyakkan kita agak sukar untuk mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri. Apabila melakukan kesalahan, kita pasti akan menuding jadi pada orang lain. Ini adalah satu sifat yang tak baik untuk diamalkan. Jangan salahkan orang lain jika kita melakukan kesalahan. Tak rugi kalau kita mengakui kesalahan kita. Yang penting mohonlah maaf pada orang lain jika kita melakukan kesalahan. Akuilah kesalahan dan kelemahan yang kita lakukan dan perbaikinya adalah lebih baik dari kita menuding jari pada orang lain. Sampai bila pun kita tak akan maju jika kita tak mahu mengaku dan tak mahu perbaiki setiap kesalahan yang kita lakukan.
  3. Sentiasa ucapkan “Terima Kasih” apabila menerima atau mendapat sesuatu. Tak salah dan tak rugi kalau kita mengucapkan terima kasih pada orang lain yang telah membantu atau memberi kita sesuatu. Dari kajian yang dibuat, kebanyakan orang kita agak susah untuk mengucapkan kalimat ini. Apabila kita mengucapkan terima kasih pada mereka yang memberi atau membantu kita, kita sebenarnya memotivasikan diri kita sendiri. Kita akan rasa terpanggil untuk melakukan yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh orang lain. Kita akan merasa malu apabila menerima bantuan dari orang lain. Apabila kita mengucapkan terima kasih, bermakna kita akui akan kelemahan kita dan ini akan memberi kita semangat yang tinggi untuk membantu mereka yang telah membantu kita. Percayalah apa yang saya katakan ini. Lakukanlah. Tak rugi pun.

Kalau kita berpegang pada 3 perkara ini, insyaallah kita akan merasa aman dan tenang dalam mengharungi kehidupan kita sehari-hari. Percayalah, walau ianya nampak simple atau biasa-biasa saja, sebenarnya ia berkesan jika kita amalkannya.

Saturday, September 18, 2010

Selamat Tinggal Dunia Bujang

Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.

Ilmu kekeluargaan, ilmu keibubapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.

Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.

Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.

Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Semoga Allah memberkahi Majlis Pernikahanku pada jam 14.30 tanggal 9 Syawal 1431H bersamaan 18 September 2010. Semoga pernikahan ini menjadi titik tolak untuk kami berdua menjadi hambaNya yang lebih baik. Allah SWT berfirman ertinya: "Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu..." (Q.S. Ali Imran:31)

Dirawikan dari Basyir al-Hafei r.a dia ber
kata: Dalam tidur aku melihat Nabi SAW. Baginda berkata, "Wahai Basyir! Tahukah engkau sebab apa Allah mengangkatmu melebihi teman-temanmu?" Basyir menjawab, "Tidak wahai Rasulullah.." Lalu baginda berkata, "Adalah disebabkan khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga.."


Ku pohon sahabat-sahabat yang setia mengunjungi blogku yang tidak seberapa ini mengaminkan doa ini bersamaku semoga kita sentiasa mendapat kasih sayangNYA

"Ya Allah Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Ya Allah Ya Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Amin..Amin Ya Rabbal Allamin..

Dengan rendah diri saya menjemput semua sahabat-sahabat ke Majlis Perkahwinan kami yang akan berlangsung di Pekan Nenas, Pontian Johor Darul Takzim pada 23 Syawal 1431H bersamaan 2 Oktober 2010.. Buat sahabat seperjuangan HPA mohon maaf kerana tidak bersama meraikan Perasmian Gilang Gemilang H.P.A International Centre ( HPAic ) yang berlangsung pada tarikh yang sama.. Tetapi inilah pengorbanan yang perlu aku lakukan kerana aku mahu perjuanganku bersama HPA lebih kuat dan berkat bersama seorang yang bergelar isteri.. Insyallah

Tidak Lupa pada seluruh Ahli keluarga terutama ayah dan ummi juga Kakak dan Alang tak lupa Abg Ad dan Abg Zaki yang banyak berkorban dan membantu.. Tak termampu untuk aku mengucapkan TERIMA KASIH kerana jasa kalian sangat berharga buat Aku.. Aku Sayang Korang Semua Dunia Akhirat.. dan buat Kak Bib,Abg Baha, dan Abg Rosmandi dan seluruh Komiti HPA Nilai Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sokongan dan dorongan kalian.. Semoga Allahlah yang membalas segala budi baik kalian semua kepada kami berdua..

Wednesday, September 15, 2010

Motivasi

"Kisahnya tentang seekor anak helang yang baru belajar terbang, mengenali dunia alam semesta yang luas terbang. Pengalaman meneroka keindahan alam pastinya menguja perasaan, berkawan bebas dengan pelbagai lagi mergastua lain di angkasa. Setiap kawanan burung mempamerkan keistimewaan tersendiri, dengan warna dan saiz kekuatan mereka nyata berbeza.

Anak helang tadi melihat dirinya, warna perang bulunya tidaklah begitu menarik. Dan saiz badan yang kecil begitu, ternyata dia bukanlah tandi
ngan bagi mergastua yang lain. Dan waktu sedang asyik terbang, tetiba mendung awan membawa petanda yang amatlah tidak disenangi oleh semua haiwan di dada langit itu.

Apa lagi masing-masing mula panik mencar
i perlindungan, sekejap lagi petir dan ribut akan datang bertandang. Yang paling menakutkan, angin kencang yang mungkin membahayakan mereka makhluk kerdil melawan kuasa alam. Suasana yang tadi dipenuhi dengan pelbagai mergastua tetiba sunyi dan hening.

Rintik hujan mula membasahi alam, anak helang tadi masih berfikir. Mahukah dia menurut kawanan burung yang tadi, atau dia akan menempah bahaya yang mendatang. Persoalan yang bermain membuat dia makin tinggi terbang,sehingga melepasi awan mendung dan kilat yang menyambar di bawah.

Rupanya di atas awan tadi alam lebih indah, tiada butiran hujan dan petir yang menakutkan. Dan di atas sana dia boleh terbang sebebasnya tanpa perlu menunggu langit kembali cerah dari lindungan awan. Kecantikan dan saiz fizikal yang dibanggakan oleh mergastua lain tadi rupanya tidaklah sehebat manapun.Keberanian menjadi asas kejayaan."

***Moral Of The Story***


Pengajaran utama kepada pemuda dan pemudi Islam, kita insan terutamanya muslim seringkali melihat masalah sebagai faktor penghalang utama, sehingga kita gagal melihat punca sebenar. Maka yang sering kita lakukan adalah berlindung seperti burung-burung lain tadi, kita gagal melihat apakah hikmah sebenar di sebalik punca sesuatu ujian mahupun halangan.

Kita sering panik dengan permasalahan yang menimpa, malah yang lebih malang apabila kita lari dari tangunggjawab untuk menyelesaikannya. Anak helang tadi mengajar kita untuk melawan kembali halangan, belajar untuk menghadapi dengan penuh kecekalan. Dan yang lebih penting, kita perlu belajar untuk menjadi BERANI melepasi rintangan atau masalah yang mendatang.

Orang berani dan orang bijak adalah dua orang yang berlainan. Orang BERANI selalunya berjaya dalam hidup, berbanding orang BIJAK yang selalunya tidaklah semaju orang BERANI. Kerana ketika orang BIJAK sedang menganalisa keadaan untuk sesuatu pelaburan, orang BERANI selalunya sudah pun kehadapan meletakkan risiko kerugian untuk keuntungan yang berganda.

Didiklah anak-anak hari ini untuk berani mengambil risiko, lasakkan jiwa mereka dengan kesusahan kerana kelak bila dewasa mereka mampu memahami risiko kegagalan dan kesusahan sekiranya mereka leka dengan kehidupan.

Orang BERANI mungkin boleh menjadi BIJAK, tapi bukan semua orang BIJAK boleh menjadi BERANI. ;)

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat, sahabat, rangkaian dan rakan seperjuangan.
Dikesempatan ini saya memohon kemaafan diatas ketelanjuran kata dan tingkah laku selama ini dan doakan saya. Disini juga saya ingin memaklumkan bahawa saya akan bernikah pada 18hb September 2010 ini di Pontian. Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan di bawah naunganNya..

CHLOROPHYLL DROP PILIHAN UTAMA



Uttwiler spatlauber adalah spesies epal liar yang hampir pupus, tumbuh di kawasan terpencil di Switzerland, para saintis membuat kajian tentang herba yang disifatkan masam ini ternyata mempunyai kelebihan untuk kecantikan mahupun kesihatan.

Banyak kajian dilakukan terhadap kelebihan epal ini yang sangat baik untuk menumbuhkan semula sel-sel yang telah mati dan menyingkirkan kedutan. Herba ini juga di katakan boleh menumbuhkan semula rambut yang botak. Menarik bukan?

Klorofil ini juga diuji secara klinikal tidak mudah musnah apabila terkena cahaya Ultra Violet(UV). Larutan ekstrak
0.1% mampu meningkatkan sehingga 80% sel manusia.

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh.

Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit. (Rujuk entri yang lepas tentang asidosis).

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.

Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

dipetik dan disunting daripada blog Inilah Jalan Kami

Thursday, July 22, 2010

Setelah Sekian Lama....

Alhamdullillah hari ini dapat juga meluangkan sedikit waktu mencoret di blog ini yang dah sekian lama tak update... Bukan kerana tiada bahan untuk di update tetapi kerana kesibukan yang mula menyinggah.
Sebulan lebih nie terkejar kesana-sini mengempur,menaja dan merawat... di tambah dengan program PBC dan kelas ilmu. Tapi kesibukan ini amat seronok.. Penat tapi berbaloi.
Insyaallah lepas ni akan tertumpu di 5 negeri la pulak... Selangor.. N.Sembilan... Johor.. Pahang... Kelantan. Jaringan Rangkaian sedang berkembang pesat sekarang..
Bila lagi??? Orang lain telah mencapai dan menikmati impian mereka sedang kita??? Adakah harus kita hanya memandang dan tidak berbuat apa???? Bulatkan tekad kuat azam... Inilah masanya untuk kita keluar dari kemelut negatif diri kita. Jangan jadikan pandangan negatif insan lain kepada kita satu halangan jadikanlah ianya sebagai satu lonjakan untuk kita berjaya dan ucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah membuatkan kita lebih bermotivasi untuk merealisasikan impian diri... Insyaallah.

Sunday, June 13, 2010

Pra PBC Senawang, Negeri Sembilan

Hari ini berlangsung program Pra PBC di HPA Halal Mart Senawang, Negeri Sembilan. Kehadiran Peserta kali ini adalah lebih kurang 15 orang sahaja. Namun ini bukan penyebab untuk tidak meneruskan program, Kita sedia maklum bahawa Pra PBC ini masih baru dan ramai yang masih perlu difahamkan mengenai program ini. Walau bagai mana pun Pra PBC Senawang tetap berjalan dengan lancar dan jayanya.

Antara modul yang dibentangkan adalah antaranya

  1. Kenali Syarikat -PJS Abdullah Abd Rahim ( Pak Lah )
  2. Isu Halal Haram - PJ Ust. Abd Razak Mohamed
  3. Plan Pemasaran - PJS Ahmad Shafik Mohamad
  4. Sinergi dan Set Herba - Herbalis Azmely Hj Yaakob
  5. Strategi Cemerlang - PJS Rugayah Md Zin.
Program tamat sekitar 5.00ptg. Dari maklumbalas peserta keseluruhan program adalah berkesan dimana keseluruhan pserta memahami apa yang telah dibentangkan.

Saturday, May 29, 2010

Makanan Ayam




Kenapa banyak penyakit hari ini disabitkan dengan makan ayam. Ada negara-negara luar sudah tidak lagi menggalakan rakyatnya memakan ayam goreng menyebabkan restoran-restoran ayam goreng segera terpaksa ditutup. Inilah akibatnya apabila konsep penternakan ayam dipenuhi dengan antibiotik,ubat kimia antistress,hormon pembesaran dan pelbagai ubatan kimia lainnya.Kenapa kita tidak berani keluar dari kaedah kimia tanpa batasan ini dengan menggunakan herba seperti bawang putih,mambu,rumput mutiara dan lain-lain lagi. Penternak ayam kebanyakan takut dengan kadar kematian yang tinggi sehingga mereka mengikut telunjuk penternak kimia turun temurun. Hari ini kita bangunkan peradaban baru sesuai dengan kehendak kesihatan bukan dengan ubatan kimia tapi ubatan herba.Percayakah anda bahawa masa hadapan dunia akan menuju kepada penggunaan herba secara global bukan hanya makanan ayam tetapi makanan manusia keseluruhanya. Kita lihat nanti perubahan itu akan melanda bagai tsunami maka tidak hairanlah jika ayam HPA tidak pernah cukup di pasaran. TK teruskan berjuang.





Monday, May 24, 2010

PBC Jerantut

Selepas PBC Gua Musang kami ( Kak Bib, Abg Baha, saya, Yani dan Ust Razak ) menyinggah pula ke PBC Jerantut bagi memenuhi jemputan Urusetia PBC Jerantut yang menjemput Kak bib memberi slot Diagnosis Saraf Tapak Tangan dan Ust Razak bg slot Halal & Haram.