Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, September 23, 2010

Bagaimana Untuk Berjaya

Ramai yang ingin berjaya. Kalau kita tanya orang yang ada disekeliling kita, siapa yang tak nak berjaya? Tak ada orang yang kata tak nak. Semua orang impikan kejayaan tapi tahukah anda ciri-ciri orang yang berjaya dan apa yang mereka lakukan.

Sebenarnya untuk mencapai kejayaan bukannya susah. Kita kena ada ciri-ciri orang berjaya untuk kita jadikan contah. Bersama ini saya terangkan 7 ciri-ciri tersebut untuk pengetahuan anda.

1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat

Maksudnya disini, apabila anda berusaha untuk memajukan diri tapi dipandang rendah oleh orang lain. Mereka sering memperkecilkan kebolehan anda. Mereka mengatakan yang anda tidak mampu untuk melakukannya. Anda jangan jadikan ini satu alasan untuk tidak berusaha. Anda harus menjadikan perkara ini sebagai pembakar semangat dan penuh keyakinan dalam mencapai cita-cita anda. Anda kena buktikan pada mereka yang memandang randah pada anda yang anda mampu untuk melakukannya dan pasti akan berjaya.

2. Sentiasa Mencari Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda hendaklah sentiasa mencari peluang yang ada. Contohnya begini: Anda berada di satu tempat atau negara yang semua rakyatnya tidak memakai selipar. Bagi anda yang negetif, pasti anda tidak akan menjual selipar di negara tersebut sebab dah tentu dia orang tak akan beli. Tapi bagi anda yang positif, anda nampak ini adalah satu peluang yang tak boleh diabaikan. Anda akan menjual selipar dan akan mengajar rakyat negara tersebut cara- cara mengunakan selipar dan menerangkan sebab-sebab mengapa mereka perlu memakainya.

Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan nampak peluang yang ada.

3. Sentiasa Berusaha

Dalam hal ini, anda kenalah sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Ciri orang yang berjaya ialah tidak pernah mengenal puas dengan kejayaan yang mereka capai. Mereka akan berusaha lagi terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya anda kena ada sikap seperti ini. Tidak kenal erti penat dan tidak pernah menggaku kalah.

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Dalam mengejar cita-cita atau mencapai kejayaan, kegagalan adalah lumrah. anda kena ingat yang ini adalah dugaan Tuhan pada anda. Anda harus menerima setiap kegagalan dengan hati yang terbuka dan belajar dari kegagalan tersebut. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala dugaan. Berani mengaku salah atau berani menghadapi kegagalan dan bangkit menghadapi segala kegagalan adalah satu sikap yang baik untuk anda jika inginkan kejayaan.

5. Sentiasa Memperbaiki Diri

Seperti yang dibincangkan tadi, Jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan. Sentiasa mengkaji kelemahan yang ada dan berudsaha untuk membaikinya. Jika kita gagal, renung diri kita dan tanya di mana silapnya? Inilah satu-satunya cara untuk kita maju dan berjaya.

6. Menilai dulu apa kata orang

Dalam kita berusaha mengejar cita-cita, pasti ramai yang akan berkata tentang diri kita dan usaha anda. Jadi jangan anda menolak mentah-mentah setiap apa yang dikatakan oleh mereka. Anda harus meneliti setiap kata-kata mereka kerana mungkin ada baiknya. Kata-kata orang yang iri hati atau cemburu dengan usaha anda mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki diri dan menjadikan kata-kata mereka sebagai panduan dalam mencapai kejayaan.

7. Bangun Bila Jatuh

Inilah perkara yang paling penting dalam anda mengejar cita-cita. Tidak kenal putus asa dan tidak takut dengan kegagalan. Anda harus bangkit dari kegagalan dan menempuhinya dengan penuh kekuatan. Simpan dalan diri anda yang anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kegagalan ini adalah bukti yang anda telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Belajar dari Kesilapan. Seperti yang saya pernah kata pada entri yang lepas Universiti yang tak ada di dunia ini ialah Universiti pengalaman.

Jadi, lebih baik anda lakukan sesuatu daripada anda tidak melakukan apa-apa. Renung-renungkanlah…..

No comments:

Post a Comment