Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Monday, September 20, 2010

Mencari Ketenangan...

Dalam hidup ini, kita kena ada sifat yang baik dan disukai oleh orang lain. Kita seharusnya menjadi yang terbaik di kalangan orang lain. Agar diri kita menjadi contoh pada rakan-rakan kita. Kita juga harus mempunyai ketenangan dalam menjalankan kerja harian kita. Untuk mencapai ketenangan dalam hidup, sebenarnya taklah susah sangat. Ianya akan menjadi mudah kalau kita mengamalkannya. Disini saya ingin kupaskan 3 perkara utama untuk mendapat taraf ketenangan yang tinggi iaitu:-
  1. Sentiasa memaafkan orang lain yang buat salah pada kita. Kita seharusnya mempunyai sifat pemaaf kerana ianya dapat memberi kita ketenangan dalam mengharungi hidup. Sifat memaafkan ini amat baik jika kita amalkan sebab jiwa kita juga akan tenang. Maafkanlah jika ada sesiapa melakukan kesalahan pada kita. Kita tak akan rugi jika kita memaafkan mereka malah kita akan dipandang tinggi dikalangan mereka. Percaya atau tidak, sifat memaafkan ini dapat mengurangkan rasa tertekan dalam hidup kita. Kita pasti akan merasa puas apabila kita memaafkan orang yang bersalah pada kita. Cubalah lakukannya. Tak rugi jika kita mencuba.
  2. Sentiasa memohon maaf pada orang lain atas kesalahan kita. Mungkin kita rasa kurang selesa untuk melakukan perkara ini. Tapi percayalah, jika anda melakukannya, anda pasti akan merasa lega dan tenang. Kebanyakkan kita agak sukar untuk mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri. Apabila melakukan kesalahan, kita pasti akan menuding jadi pada orang lain. Ini adalah satu sifat yang tak baik untuk diamalkan. Jangan salahkan orang lain jika kita melakukan kesalahan. Tak rugi kalau kita mengakui kesalahan kita. Yang penting mohonlah maaf pada orang lain jika kita melakukan kesalahan. Akuilah kesalahan dan kelemahan yang kita lakukan dan perbaikinya adalah lebih baik dari kita menuding jari pada orang lain. Sampai bila pun kita tak akan maju jika kita tak mahu mengaku dan tak mahu perbaiki setiap kesalahan yang kita lakukan.
  3. Sentiasa ucapkan “Terima Kasih” apabila menerima atau mendapat sesuatu. Tak salah dan tak rugi kalau kita mengucapkan terima kasih pada orang lain yang telah membantu atau memberi kita sesuatu. Dari kajian yang dibuat, kebanyakan orang kita agak susah untuk mengucapkan kalimat ini. Apabila kita mengucapkan terima kasih pada mereka yang memberi atau membantu kita, kita sebenarnya memotivasikan diri kita sendiri. Kita akan rasa terpanggil untuk melakukan yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh orang lain. Kita akan merasa malu apabila menerima bantuan dari orang lain. Apabila kita mengucapkan terima kasih, bermakna kita akui akan kelemahan kita dan ini akan memberi kita semangat yang tinggi untuk membantu mereka yang telah membantu kita. Percayalah apa yang saya katakan ini. Lakukanlah. Tak rugi pun.

Kalau kita berpegang pada 3 perkara ini, insyaallah kita akan merasa aman dan tenang dalam mengharungi kehidupan kita sehari-hari. Percayalah, walau ianya nampak simple atau biasa-biasa saja, sebenarnya ia berkesan jika kita amalkannya.

No comments:

Post a Comment