Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Wednesday, September 15, 2010

Motivasi

"Kisahnya tentang seekor anak helang yang baru belajar terbang, mengenali dunia alam semesta yang luas terbang. Pengalaman meneroka keindahan alam pastinya menguja perasaan, berkawan bebas dengan pelbagai lagi mergastua lain di angkasa. Setiap kawanan burung mempamerkan keistimewaan tersendiri, dengan warna dan saiz kekuatan mereka nyata berbeza.

Anak helang tadi melihat dirinya, warna perang bulunya tidaklah begitu menarik. Dan saiz badan yang kecil begitu, ternyata dia bukanlah tandi
ngan bagi mergastua yang lain. Dan waktu sedang asyik terbang, tetiba mendung awan membawa petanda yang amatlah tidak disenangi oleh semua haiwan di dada langit itu.

Apa lagi masing-masing mula panik mencar
i perlindungan, sekejap lagi petir dan ribut akan datang bertandang. Yang paling menakutkan, angin kencang yang mungkin membahayakan mereka makhluk kerdil melawan kuasa alam. Suasana yang tadi dipenuhi dengan pelbagai mergastua tetiba sunyi dan hening.

Rintik hujan mula membasahi alam, anak helang tadi masih berfikir. Mahukah dia menurut kawanan burung yang tadi, atau dia akan menempah bahaya yang mendatang. Persoalan yang bermain membuat dia makin tinggi terbang,sehingga melepasi awan mendung dan kilat yang menyambar di bawah.

Rupanya di atas awan tadi alam lebih indah, tiada butiran hujan dan petir yang menakutkan. Dan di atas sana dia boleh terbang sebebasnya tanpa perlu menunggu langit kembali cerah dari lindungan awan. Kecantikan dan saiz fizikal yang dibanggakan oleh mergastua lain tadi rupanya tidaklah sehebat manapun.Keberanian menjadi asas kejayaan."

***Moral Of The Story***


Pengajaran utama kepada pemuda dan pemudi Islam, kita insan terutamanya muslim seringkali melihat masalah sebagai faktor penghalang utama, sehingga kita gagal melihat punca sebenar. Maka yang sering kita lakukan adalah berlindung seperti burung-burung lain tadi, kita gagal melihat apakah hikmah sebenar di sebalik punca sesuatu ujian mahupun halangan.

Kita sering panik dengan permasalahan yang menimpa, malah yang lebih malang apabila kita lari dari tangunggjawab untuk menyelesaikannya. Anak helang tadi mengajar kita untuk melawan kembali halangan, belajar untuk menghadapi dengan penuh kecekalan. Dan yang lebih penting, kita perlu belajar untuk menjadi BERANI melepasi rintangan atau masalah yang mendatang.

Orang berani dan orang bijak adalah dua orang yang berlainan. Orang BERANI selalunya berjaya dalam hidup, berbanding orang BIJAK yang selalunya tidaklah semaju orang BERANI. Kerana ketika orang BIJAK sedang menganalisa keadaan untuk sesuatu pelaburan, orang BERANI selalunya sudah pun kehadapan meletakkan risiko kerugian untuk keuntungan yang berganda.

Didiklah anak-anak hari ini untuk berani mengambil risiko, lasakkan jiwa mereka dengan kesusahan kerana kelak bila dewasa mereka mampu memahami risiko kegagalan dan kesusahan sekiranya mereka leka dengan kehidupan.

Orang BERANI mungkin boleh menjadi BIJAK, tapi bukan semua orang BIJAK boleh menjadi BERANI. ;)

No comments:

Post a Comment