Salam buat semua teman HPA dan para pengunjung blog saya ini. Terdahulu ingin saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada catatan, mahupun tindaktanduk saya menyebabkan ada yang terkecil hati mahupun marah. Aidilfitri sudah berlalu kini tugas yang tertanggung sebulan kerana ramadan akan diteruskan semula. Sepanjang ramadan pergerakan seakan terhenti pahadal sebenarnya tidak kerana ramadan kali ini adalah yang paling sibuk buat diriku sehingga tak tahu mana yang perlu diberi keutamaan kerana semuanya amat penting buat saya. Kerana itu jugalah blog ini tidak diupdate sebegitu lama.
Insyaallah Rabu ini kelas mingguan Nilai akan bermula semula, buat teman-teman yang berkelapangan dan berhampiran dengan Cawangan HPA Nilai moh la kita ke Kelas recharge kembali diri kita.
Jadilah Sihat
Monday, September 28, 2009
Thursday, July 23, 2009
Konvek 2009 semakin dirasai
50 orang urusetia sudah berkampung di MAEPS. PJS/Leader Indonesia hampir 100 org telah tiba hari ini dan menginap di De Palma Ampang.Antara persembahan Konvek Kawad PALAPES UPM, Kump Nasyid Nahwannur UPM, Kump Nasyid TQA HPA, dan Kump Nasyid PJS Indonesia.
Persiapan akhir untuk menerima 5000 ahli sudah siap dan meriah.
Bagi yang telah mempunyai tiket jangan lupa lupa datang awal..... Kita konvoi ramai-ramai ke MAEPS sabtu ini... HPA! BOLEH, HPA!!! BOLEH BOLEH BOLEH, GEMPUR!!! RADIX INSYAALLAH, TAKBIR!!!!! ALLAHUAKBAR...
Thursday, July 16, 2009
Minggu ini saya dan Komiti Nilai berniaga di USIM bersempena Halal Food Seminar. Kami berniaga Nasi Ayam Organik Panggang, Roti Jala dan Air minuman HPA seperti Kordial dan air berkarbonat. Alhamdullillah sambutan amat mengalakkan dan kesedaran mengenai makanan halalal toiyiban amat tinggi dikalangan Para Pelajar USIM ini cuma agak sedih bila melihat ada peniaga makanan lain yang frontlinenya adalah orang C*** tetapi masih lagi kita sebagai pengguna menjadi pengunanya yang setia.
Melihatkan ini semua saya semakin bersemangat utk mempromosikan makanan halal keluaran HPA dengan lebih aggresif lagi. Kalau bukan kita siapa lagi??? biarlah banyak cemuhan dan sindiran yang diterima tetapi itu semua adalah pencetus semangat utk saya.
Moga ALLAH memberi kudrat dan ketabahan utk saya terus berdiri dan mempertahankan apa yang telah saya usahakan setahun lebih ini. Dan semoga Allah memberi kejayaan hakiki buat HPA dan kita semua yang bersamanya insyaallah.
( insyaallah gambar akan dimuatkan kelak.)untuk lihat gambar klik http://hpaatnilai.blogspot.com

Tuesday, July 7, 2009
Aktiviti Minggu Ini
Setelah berminggu rasanya tak updated blog, hari ini dapat kesempatan untuk menulis. Alhamdullillah pada hari khamis yang lalu 2.7.09 ayah sudah mula berjalan menggunakan tongkat dan perkembangan amat baik setakat ini. Syukur pada Allah yang melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada kita semua.
Pada malam itu juga berlangsung program Iftar di Cawangan HPA Nilai yang dihadiri sebahagian PJS KPA. Pada program ini lebih menjurus pada Agenda Konvek yang akan diadakan pada 25 Julai ini.
Pada hari sabtu dan Ahad, Kami Komiti HPA Nilai telah membuat program, pada hari sabtu kami mengadakan program Pemantapan PBC. Slot diisi oleh PJM Siti Habibah, Ust Abd Razak dan saya sendiri. Kami mengharapkan semua bekas peserta PBC dapat keluar dengan 1 matlamat dan 1 hati dengan menjadikan HPA jenama wajib bagi kita semua.
Pada hari Ahad pula kami mengadakan Rawatan Bekam pada sesiapa yang ingin berbekam. Sebelah malamnya pula kami memenuhi permintaan PJ Jamilah untuk memberi Ceramah Isu Halal Haram dirumahnya yang disampaikan oleh Ust Abd Razak. Tengahari itu semasa saya singgah minum disebuah kedai makan saya terjumpa Master Radix yang diuar-uarkan berleluasa di Perak rupanya telah sampai ke Nilai ni. Saya terus bertanya, pemilik kedai kata ini Pek Baru. saya kata tidak lantas menunjukkan kopi Radix HPA yang sememangnya ada dalam poket saya. Dia terkejut dan mengakui yang beliau tidak mengetahui perkara sebenar. Sebelum pulang saya minta Kopi Master Radix itu dan menukarkannya dengan Kopi Radix HPA. Beliau juga telah berjanji tidak akan ambil lagi dengan pembekal C*** itu lagi.
Inysaallah pelbagai lagi bentuk program akan terlaksana yang telah dirancang. Moga Allah akan memudahkan segala urusan kita dan melimpahkan rahmatnya kepada kita..Amin

Wednesday, June 17, 2009
Kelas Refleksiologi
Alhamdullillah tadi Komiti HPA Nilai telah berjaya melaksanakan kelas ilmu, kali ini kami belajar Refleksiologi yang telah dikendalikan oleh saya sendiri.
Hari ini saya telah diuji oleh Allah, kepulangan ayah saya dr Tanah Suci Mekah kali ini disambut dengan deraian airmata kami anak beranak kerana melihat keadaannya yang berkerusi roda diusung oleh Pembantu Kesihatan Airport. Keadaan ayah amat lemah dr pengamatan saya. Sangkaan saya benar bila ayah menceritakan yang dia Hypo kerana tidak berselera makan setelah kena cirit birit. Tangan dan kaki sebelah kirinya telah mengalami hilang fungsi. Ayah juga tidak membuang air kecil sejak hari Ahad lagi. Sampai di rumah saya terus membuat refleksiologi pada kaki ayah, setelah 1/2 jam memicit ayah tertido. 10 minit kemudian ayah terjaga dan minta dibawakan ke tandas kerana ayah terasa ingin membuang air kecil. Alhamdullillah ayah mampu terkencing juga akhirnya dan kencingnya berwarna coklat. Selepas itu saya dan ayah mendapati kaki kirinya mampu diangkat yang sebelumnya tadi tidak. Ayah seronok sangat bila kakinya dapat diangkat walaupun sikit. Selepas itu ayah minta saya memicit tangannya pula. selepas 10 minit memicit ayah mampu menggenggam sepenuhnya tangan kirinya walaupun tidak berapa kuat sangat. Terlihat wajah kesyukuran dari wajah ayah tadi. Syukur sangat saya kerana dapat membantu ayah dengan ilmu yang saya perolehi di Sijil Herbalis yang lalu.
Tadi juga semasa di kelas refleksiologi saya curahkan semua ilmu yang ada pada saya semoga ilmu yang saya perolehi dan yang di curah bermanafaat pada semua, insyaallah. Semoga dapat disampaikan dipraktikan secara semaksimumnya.

Friday, June 12, 2009
Program Iftar dan Usrah Bulanan KPA
Semalam saya menghadiri program ini di Cawangan Bangi, KPA telah menganjurkan program iftar yakni majlis berbuka puasa dan usrah bulanan. Program dipengerusikan oleh Tim. Presiden KPA PJM/PJS Rosmandi Ishak.
Tazkirah disampaikan oleh PJS Ust Asri dari Klang. Beliau menyentuh peranan kita sebagai pemimpin. Kita memang telah dijadikan sebagai pemimpin dan kita harus bertanggungjawab terhadap pimpinan kita.
Program kemudian diteruskan dengan ta'arof para PJS yang baru dilantik. 6 orang kesemuanya, mereka adalah PJS Ust Safuan dr Klang, PJS Ust Asri dr Klang, PJS Baharuddin dr Nilai, PJS Siti Rahmah dr Bangi, PJS Noliah dr Rawang dan PJS Siti Munirah dr Sabak Bernam.
Program diteruskan dengan ucapan Presiden KPA PJM/PJS Hafidzan Fauzi. Ucapan beliau menyentuh beberapa isu dan seterusnya sesi soaljawab.
Program dijalankan agak santai dan program ini akan diadakan lagi pada 2 Julai 2009 di Cawangan Nilai.

Thursday, June 11, 2009
Kelas Mingguan
Alhamdullillah kelas mingguan kali ini mencecah 40 kehadiran.
Kelas dimulakan dengan mengalunkan Nazam HPA dan dipengerusikan oleh Saudara Abd Qahhar. Minggu ini AJK yang ditugaskan utk mengisi slot adalah:-
Kelas dimulakan dengan mengalunkan Nazam HPA dan dipengerusikan oleh Saudara Abd Qahhar. Minggu ini AJK yang ditugaskan utk mengisi slot adalah:-
Profil Syarikat - Ust Syafrudin
Produk Knowledge - Ust Mohamad Radzi
Pelan Pemasaran PBC - Azmely
Motivasi - PJS Baharudin
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdullillah dapat lagi menulis blog yang dah seminggu tak update rasanya, bukan takde idea cuma tak sempat nak menulis kerana selepas balik dari Herbalis ke 16 masa pack utk cover yang urusan 21 hari tertangguh. Terlari sana sini utk menyelesaikannya. Walaubagaimana pun ada 1 lagi perkara besar yang akan perlu saya lakukan iaitu urusan KAHWIN saya. Penat juga nak menjawab semua pertanyaan dr famili dan kawan2 tapi insyaallah setelah pulangnya ayah saya dr umrah segala persoalan itu akan dapat diselesaikan segera. Ini kerana saya tidak mahu buat apa2 kenyataan selagi tidak dipersetujui oleh ayah.
Opps kita stop bab ni dulu yea. Bila dapat tarikhnya akan saya hebahkan pada semua, insyaallah.
Minggu ini aktiviti yang saya telah buat iaitu pada hari Selasa 9hb Jun yg lalu saya telah dijemput oleh rangkaian saya iaitu En Noorsham dan En Raja buat jualan diprogram Mawadah di Wisma Negeri, Seremban atas tiket PENDAMAI, yakni Persatuan Bekas2 Penagih Dadah. Disana saya hadir bersama Haryani dan Kak Aiju. Selain dari jualan kami juga membuat pemeriksaan saraf tapak tangan dan juga rawatan refleksologi. Alhamdullillah pengalaman pertama buat program rawatan refleksologi diluar ni byk mengajar saya utk memperbaiki mana2 kekurangan. Disini juga saya mohon ampun dan maaf pada sesiapa sahaja sekiranya ada bahasa dan apa jua dr saya yang menyakiti hati dan perasaan anda semua kerana saya juga insan biasa yang tidak lepas melakukan kesalahan. wallahu'alam.
Thursday, June 4, 2009
Kelas Mingguan
Alhamdullillah semalam kelas mingguan di Nilai telah berkumandang Nazam HPA yang telah dipimpin oleh saya dan kak Aiju.
Kelas minggu ini kehadiran agak merosot mungkin kerana hujan..
Biar apa pun perjuangan harus diteruskan.
Kelas dipengerusikan oleh saya sendiri dan saya juga memberi slot profil syarikat kerana byk yg perlu dikongsikan dgn rakan yang lain. Kak Aiju pula mengisi slot produk knowledge dgn produk VCO. pelan 5 angka pula diberi oleh Ust Razak dan motivasi diberi oleh Ust Radzi.

Wednesday, June 3, 2009
Sijil Herbalis Telah tamat, Perjuangan sudah bermula.
Thursday, May 28, 2009
Sunday, May 24, 2009
Lawatan Ke Kilang HPA
Semalam kami dibawa melawat ke semua kilang HPA. Awalnya kami ke Kilang Radix Kola kemudian terus ke Napoh melawat kilang Kordial, biskut dan toiletries, dan kemudian kami pergi ke Kilang Kopi Radix Automatik dan kilang Kilang GMP. seterusnya kami ke Kuala Perlis, kilang Kopi Radix semi auto, Radix Koko dan Teh Manjakani.
Dihadapan kilang Radix Cola bersama Cikgu Zaidul Akbar yang sentiasa murah dengan senyuman.
Wednesday, May 20, 2009
Kembaraku masih jauh
Masyaallah setelah 9hari saya mengikuti kursus Sijil Herbalis ke 16 ini terlalu banyak ilmu yang saya dapat sehingga mahu terkeluar isi otakku... Kalau boleh ditambah memorinya mahu sahaja saya. Terasa rugi bila otak saya yang dah letih dipaksa untuk menerima ilmu lagi. Jadual yang terlalu padat membuatkan seakan sedikit kecewa saya kerana ilmu yang diberikan cukup menarik dan amat berguna untuk diamalkan. Saya menghargai ilmu tapi otak saya terhad untuk menerima semuanya dalam satu masa yang panjang tanpa rehat yang cukup. Walau macamana pun saya tidak ingin menjadikan ini halangan utk saya capai niat dan cita-cita yang telah saya pasakkan sebelum saya mengikuti Sijil Herbalis ini lagi. Sebenarnya inilah yang akan saya alami, selepas keluar dr sijil ini saya perlu berkhidmat utk umat yang memerlukan dan ini sebenarnya lebih memenatkan dan lebih mencabar dari ini. ini hanya sedikit latihan utk saya bawa ke masyarakat.
Sunday, May 17, 2009
Selangkah Ke Alam Herba
Alhamdullillah.. Saya dan rakan-rakan herbalis ke Rimba Herba Perlis..
Tn Hj Ismail memberi taklimat mengenai herba dan kegunaanya dalam Perubatan Jawi.
Sebahagian peserta khusyuk mendengar taklimat drpada Tn Hj Ismail.
Kami singgah ke Ladang Anggur Perlis.
Pak Yayat menterjemahkan bacaan surah al-baqarah yang dibacakan oleh Ustaz Uwais Al hafiz tentang anggur yang terdapat didalam al-quran. Kebetulan waktu itu hujan renyai-renyai, kami berdoa di kebun anggur moga apa yang kami lakukan sentiasa dalam keredhaan Allah
Cikgu/Dr Zaidul Akhbar
Sebahagian peserta khusyuk mendengar taklimat drpada Tn Hj Ismail.
Wednesday, May 13, 2009
Hari kedua
Aktiviti dimulakan dengan Qiyammullail dan solat subuh berjemaah di surau Laguna Merbok.
Kemudian kami diambil dgn bas ke cawangan HPA Sg Petani untuk program Herbalis. Program dimulai dgn bacaan Ma'thurat dan Nazam HPA.
Kuliah bermula dgn Kuliah Tn Hj Ismail dgn membincangkan mengenai herba. Perbincangan dibuat berpanduankan buku JAWI Medicinal Herbs. Seterusnya kami membincangkan mengenai apa yang telah terjadi pada Ustaz Radzi. Apa yang dapat saya rumuskan kita perlu lebih memahami herba dan jenis masalah yang menimpa sebelum kita merawat. Rupanya kangkung boleh memecahkan bisul walaupun dia menyejukkan. Ilmu yang saya dapat adalah Tanah Liat Putih boleh mengecutkan peradangan dan sebaiknya jangan diletakkan minyak pada peradangan.

Kuliah seterusnya diteruskan oleh Dr Zaidul Akhbar membincangkan isu Halal Haram. Perbincangan lebih menjurus pada perawatan moden hari ini yang rata-ratanya mengandungi sumber yang amat meragukan.
Profil Syarikat dibentangkan oleh En Jafri Abd Bakar, Pengurus latihan, IT dan Multimedia Kumpulan HPA Industries SB. Banyak info baru yang saya perolehi, insyaallah akan saya sampaikan kepada Jaringan dan di Kelas mingguan.
Malam diisi dengan Video Motivasi yg dikendalikan oleh Dr Zaidul Akbar.
Monday, May 11, 2009
Hari Pertama
Slot bermula dengan bacaan ma'thurat dan Nazam HPA.
Slot pertama bersama Pengarah Urusan Tn Hj Ismail ahmad membincangkan buku Medicine Herb
Kemudian kami diajar Terapi Al-Quran oleh Drs Yayat dr Indonesia.
Malam pula kami dibentangkan mengenai Perubatan Jawi oleh Drs Pipit dan Drs Yani juga dr Indonesia.
hari baru akan bermula...ikuti catatan saya..
Subscribe to:
Posts (Atom)