Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, June 11, 2009

Kelas Mingguan

Alhamdullillah kelas mingguan kali ini mencecah 40 kehadiran.
Kelas dimulakan dengan mengalunkan Nazam HPA dan dipengerusikan oleh Saudara Abd Qahhar. Minggu ini AJK yang ditugaskan utk mengisi slot adalah:-
Profil Syarikat - Ust Syafrudin
Produk Knowledge - Ust Mohamad Radzi
Pelan Pemasaran PBC - Azmely
Motivasi - PJS Baharudin
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdullillah dapat lagi menulis blog yang dah seminggu tak update rasanya, bukan takde idea cuma tak sempat nak menulis kerana selepas balik dari Herbalis ke 16 masa pack utk cover yang urusan 21 hari tertangguh. Terlari sana sini utk menyelesaikannya. Walaubagaimana pun ada 1 lagi perkara besar yang akan perlu saya lakukan iaitu urusan KAHWIN saya. Penat juga nak menjawab semua pertanyaan dr famili dan kawan2 tapi insyaallah setelah pulangnya ayah saya dr umrah segala persoalan itu akan dapat diselesaikan segera. Ini kerana saya tidak mahu buat apa2 kenyataan selagi tidak dipersetujui oleh ayah.
Opps kita stop bab ni dulu yea. Bila dapat tarikhnya akan saya hebahkan pada semua, insyaallah.
Minggu ini aktiviti yang saya telah buat iaitu pada hari Selasa 9hb Jun yg lalu saya telah dijemput oleh rangkaian saya iaitu En Noorsham dan En Raja buat jualan diprogram Mawadah di Wisma Negeri, Seremban atas tiket PENDAMAI, yakni Persatuan Bekas2 Penagih Dadah. Disana saya hadir bersama Haryani dan Kak Aiju. Selain dari jualan kami juga membuat pemeriksaan saraf tapak tangan dan juga rawatan refleksologi. Alhamdullillah pengalaman pertama buat program rawatan refleksologi diluar ni byk mengajar saya utk memperbaiki mana2 kekurangan. Disini juga saya mohon ampun dan maaf pada sesiapa sahaja sekiranya ada bahasa dan apa jua dr saya yang menyakiti hati dan perasaan anda semua kerana saya juga insan biasa yang tidak lepas melakukan kesalahan. wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment