Jadilah Sihat
Wednesday, May 20, 2009
Kembaraku masih jauh
Masyaallah setelah 9hari saya mengikuti kursus Sijil Herbalis ke 16 ini terlalu banyak ilmu yang saya dapat sehingga mahu terkeluar isi otakku... Kalau boleh ditambah memorinya mahu sahaja saya. Terasa rugi bila otak saya yang dah letih dipaksa untuk menerima ilmu lagi. Jadual yang terlalu padat membuatkan seakan sedikit kecewa saya kerana ilmu yang diberikan cukup menarik dan amat berguna untuk diamalkan. Saya menghargai ilmu tapi otak saya terhad untuk menerima semuanya dalam satu masa yang panjang tanpa rehat yang cukup. Walau macamana pun saya tidak ingin menjadikan ini halangan utk saya capai niat dan cita-cita yang telah saya pasakkan sebelum saya mengikuti Sijil Herbalis ini lagi. Sebenarnya inilah yang akan saya alami, selepas keluar dr sijil ini saya perlu berkhidmat utk umat yang memerlukan dan ini sebenarnya lebih memenatkan dan lebih mencabar dari ini. ini hanya sedikit latihan utk saya bawa ke masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment