Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Friday, June 12, 2009

Program Iftar dan Usrah Bulanan KPA

Semalam saya menghadiri program ini di Cawangan Bangi, KPA telah menganjurkan program iftar yakni majlis berbuka puasa dan usrah bulanan. Program dipengerusikan oleh Tim. Presiden KPA PJM/PJS Rosmandi Ishak.
Tazkirah disampaikan oleh PJS Ust Asri dari Klang. Beliau menyentuh peranan kita sebagai pemimpin. Kita memang telah dijadikan sebagai pemimpin dan kita harus bertanggungjawab terhadap pimpinan kita.
Program kemudian diteruskan dengan ta'arof para PJS yang baru dilantik. 6 orang kesemuanya, mereka adalah PJS Ust Safuan dr Klang, PJS Ust Asri dr Klang, PJS Baharuddin dr Nilai, PJS Siti Rahmah dr Bangi, PJS Noliah dr Rawang dan PJS Siti Munirah dr Sabak Bernam.
Program diteruskan dengan ucapan Presiden KPA PJM/PJS Hafidzan Fauzi. Ucapan beliau menyentuh beberapa isu dan seterusnya sesi soaljawab.
Program dijalankan agak santai dan program ini akan diadakan lagi pada 2 Julai 2009 di Cawangan Nilai.

No comments:

Post a Comment