Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Tuesday, July 7, 2009

Aktiviti Minggu Ini

Setelah berminggu rasanya tak updated blog, hari ini dapat kesempatan untuk menulis. Alhamdullillah pada hari khamis yang lalu 2.7.09 ayah sudah mula berjalan menggunakan tongkat dan perkembangan amat baik setakat ini. Syukur pada Allah yang melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada kita semua.

Pada malam itu juga berlangsung program Iftar di Cawangan HPA Nilai yang dihadiri sebahagian PJS KPA. Pada program ini lebih menjurus pada Agenda Konvek yang akan diadakan pada 25 Julai ini.

Pada hari sabtu dan Ahad, Kami Komiti HPA Nilai telah membuat program, pada hari sabtu kami mengadakan program Pemantapan PBC. Slot diisi oleh PJM Siti Habibah, Ust Abd Razak dan saya sendiri. Kami mengharapkan semua bekas peserta PBC dapat keluar dengan 1 matlamat dan 1 hati dengan menjadikan HPA jenama wajib bagi kita semua.

Pada hari Ahad pula kami mengadakan Rawatan Bekam pada sesiapa yang ingin berbekam. Sebelah malamnya pula kami memenuhi permintaan PJ Jamilah untuk memberi Ceramah Isu Halal Haram dirumahnya yang disampaikan oleh Ust Abd Razak. Tengahari itu semasa saya singgah minum disebuah kedai makan saya terjumpa Master Radix yang diuar-uarkan berleluasa di Perak rupanya telah sampai ke Nilai ni. Saya terus bertanya, pemilik kedai kata ini Pek Baru. saya kata tidak lantas menunjukkan kopi Radix HPA yang sememangnya ada dalam poket saya. Dia terkejut dan mengakui yang beliau tidak mengetahui perkara sebenar. Sebelum pulang saya minta Kopi Master Radix itu dan menukarkannya dengan Kopi Radix HPA. Beliau juga telah berjanji tidak akan ambil lagi dengan pembekal C*** itu lagi.

Inysaallah pelbagai lagi bentuk program akan terlaksana yang telah dirancang. Moga Allah akan memudahkan segala urusan kita dan melimpahkan rahmatnya kepada kita..Amin

No comments:

Post a Comment