Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Sunday, April 25, 2010

Lagi Penciplak Kopi Radix...

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan.
Diantaranya adalah seperti berikut;
i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.
Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU. Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX. Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini. Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.
Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.
Ihsan:http://gmalwahida.blogspot.com & http://www.hpa.com.my

Wednesday, April 14, 2010

PBC Nilai 10-11 April 2010

Herbalis Azmely sebagai Moderator Program PBC Nilai.
Herbalis Faizal yang baru saja menamatkan Sijil Herbalis ke 18 menceritakan pengalaman beliau sewaktu mengikuti program Sijil Herbalis yang memberikan kesan yang sangat mendalam kepada diri beliau.
Penceramah jemputan, PJS Ust Safuan Pamidi menerima cenderahati dari Penaung Komiti Nilai, PJM Pn Siti Habibah Yusoff.

Lagi penceramah jemputan, PJM Rosmandi Ishak ( Timbalan Presiden KPA ) menerima cenderahati daripada AJK Komiti Nilai, Ust Azis Jakpar Soraji.

Sebahagian daripada 54org peserta PBC Nilai kali ini.

Open Day UniKL

Pada 7,8 dan 9 April yang lalu, Kami dijemput oleh salah seorang AJK Komiti iaitu Ust Azis Jakpar untuk bersama-sama memeriahkan Open Day UniKL, City Campus. Kami dari Komiti Nilai bertiga, Saya, Haryani dan Pn Roslah. Matlamat kami adalah untuk memperkenalkan HPA pada warga UniKL keseluruhannya. Kami membuat jualan produk dan juga diagnosa Saraf Tapak Tangan.
Dekan UniKL ( MIIT ) Prof Dr. Roslan Ismail yang telah menjadi ahli pada hari itu mengdiagnos saraf tapak tangan sambil diperhati oleh Ust Azis Jakpar penganjur dan juga pensyarah UniKL.

Setelah 3 hari berkampung di UniKL. Biar pun penat tapi matlamat kami sampai kerana hampir 200 orang telah didiagnos dan dianggarkan hampir 40 keahlian telah bersama kami. 20 keahlian diperolehi pada Career Talk yang disampaikan oleh PJM Cikgu Murad pada 9hb disebelah paginya. Syabas diucapkan kepada Ust Azis dan student yang membantu mempromosikan pemeriksaan Saraf Tapak Tangan kami.

Saturday, April 3, 2010

Ralat -MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA

MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA
Adalah dimaklumkan bahawa majlis tandatangan persetujuan pembelian menara HPA pada 6hb April 2010 ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kelak
Harap Maklum
Sekian Terima kasih

Thursday, April 1, 2010

Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA

IMPIAN MENJADI REALITI

Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam.

Berharga RM60 Juta

Pada : 6hb April 2010

Masa : 11.00 Pagi.

Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor

Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI


Semua dijemput hadir

Wednesday, March 31, 2010

Melaka Halal Hub

Bangunan Ancor Melaka Halal Hub yang dimiliki HPA. Disini terdapat Halal Mart yang memasarkan semua produk HPA dan juga produk Usahawan Melaka Halal Hub.
Dr kiri Datuk Hj Ghazali Mohamad (YB Adun Serkam ), Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tn Hj Ismail Ahmad
AJK Komiti Nilai, Dari kiri Setiausaha Haryani, Pen. bendahari Herbalis Aiju, Penaung PJM Siti Habibah, Penasihat Kewangan PJS Baharudin, Pengerusi Herbalis Azmely dan Naib Pengerusi Ust Abd Razak semasa di Pelancaran Produk Melaka Halal Hub.

Jana Pendapatan RM25 Juta Setahun Melaka Halal Hub Tumpu Pasaran Global
SERKAM, 30 Mac- Melaka Halal Hub yang diterajui oleh HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan pendapatan kira-kira RM25 juta setahun dengan memberi tumpuan kepada pasaran baru di peringkat global, selain memperkukuhkan lagi pasaran domestik.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Md Yunos Husin berkata, HPA merupakan syarikat Bumiputera 'MLM' terkenal dan mempunyai lebih 300 variasi produk halal."Selaku peneraju atau 'anchor', HPA tentu sekali akan menggunakan kekuatan jaringan pemasarannya untuk meletakkan Melaka Halal Hub sebagai halal hub terkemuka dengan penghasilan produk-produk berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," ujar beliau dalam sidang media selepas melancarkan produk terbaru HPA, di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, AR Ismail Othman; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Mohamad dan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Ismail Ahmad.Beliau memberitahu, selain membantu 13 vendor sedia ada, HPA juga akan membantu usahawan IKS halal lainnya yang beroperasi di Melaka Halal Hub.
"Jenama Halal Malaysia kini makin mendapat keyakinan di kalangan negara Eropah, Timur Tengah selain negara-negara Asia. Permintaan pasaran di sana cukup besar dan inilah ruang yang akan digunakan oleh HPA bagi menjadikan Melaka Halal Hub menembusi pasaran dunia menerusi produk-produk halal yang dihasilkan," kata Md. Yunos.Katanya, HPA juga telah mengenakan syarat kelulusan yang begitu ketat kepada setiap vendor termasuk piawaian Good Manufacturing Practice (GMP); Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP); Good Hygiene Practice (GHP) serta memenuhi kriteria Malaysian Halal Standards MS1500:2009."Inilah antara prasyarat penting yang akan melayakkan semua produk yang dihasilkan di Melaka Halal Hub untuk menembusi pasaran antarabangsa, selain keperluan pasaran tempatan," ujarnya.Md. Yunos memberitahu, sehingga kini produk-produk keluaran HPA telah mendapat pasaran di Singapura, Hong Kong, beberapa negara di Timur Tengah.Beliau juga memaklumkan bahawa Melaka Halal Hub dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Jun depan sempena MIHAS yang akan diadakan di negeri ini.
Dipetik dari http://www.melakahariini.com.my/isA31mac10.html

Saturday, March 20, 2010

PERSIAPAN PROGRAM SULUH SIHAT SUKSES

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang hadir membantu bagi menjayakan program kesihatan Komiti HPA Nilai, Antara AJK yang hadir adalah Haryani, Pn Robiah, Pn Aiju, Pn Roslah,Pn Rohani, Pn Aminah dan Pn Nik Zah.

Semoga esok program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai matlamatnya yang mana ingin memperkenalkan Perubatan Jawi kepada Masyarakat umumnya dan Ahli HPA khasnya agar memartabatkan Perubatan JAWI yang diasaskan oleh Pengarah Urusan.

Terima Kasih juga kepada Naib Pengerusi komiti selaku Pengarah Program Kesihatan kali ini iaitu Al Fadhil Ust Abd Razak yang menjemput kami ke rumahnya bersempena Aqiqah putra baru beliau. Tahniah diatas kelahiran putra beliau dan didoakan seluruh ahli keluarganya sihat walafiat dan sentiasa dibawah rahmat Allah.

Thursday, March 18, 2010

HPA dan Raihan bergabung


Lebih 700 orang menghadiri persembahan konsert Raihan bersempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel De Palma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru.
4 produk baru itu ialah:

1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women

Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur rasul Di Cawangan Nilai

Komiti HPA Nilai, Negeri Sembilan telah memanggil Kumpulan Marhaban pada hari ini bersempena dengan sambutan Maulidur rasul.
Selesai bermarhaban kumpulan itu dijamu dengan Jamuan Bakso...

Sebelah malamnya, semua hadirin kelas Mingguan di jamu dengan Bakso lagi. Kali ini kelas bermula jam 10.00 selepas semua hadirin menjamu selera. kelas juga agak santai iaitu semua hadirin duduk di bawah tetapi slot kelas berbeza dari biasa yang mana kali ini kelas menekan Produk Halal, Bagaimana Sikap dan Pilihan kita yang disampaikan oleh Herbalis Azmely, Pengerusi Komiti Nilai dan info terkini syarikat disampaikan oleh PJS Hj Zainal Ahmad. Kelas dihadiri lebih kurang 30 orang.

Saf Kepimpinan Komiti Nilai bergambar kenangan bersama PJS Rahmat Daim, Timbalan Presiden 1 Kelab Pemimpin Selatan ( KPS ) dan PJS Rosmandi Ishak, Timbalan Presiden Kelab Pemimpin Al-Wahida ( KPA )

Wednesday, March 10, 2010

Pelancaran Produk Baru HPA

Tarikh : 17hb March 2010
Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Antaranya : Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya

Friday, March 5, 2010

Tahniah diatas penubuhan KPS

Sekalung tahniah diucapkan kepada Penaung Komiti Nilai, PJM Siti Habibah yang diberi kepercayaan oleh HPA untuk menerajui Kelab Pemimpin Selatan yang ditubuhkan semalam ( 4hb Mac 2010 ) di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang. Tahniah juga diucapkan kepada PJS Rahmad Daim, Tim. Presiden 1 dan PJS Shafie Tasiron, Tim. Presiden 2 dan semua AJK yang telah dilantik.
Tugas berat menanti mereka yang mana mereka telah diamanahkan untuk memastikan HPA terus berkembang dan maju di Zon Selatan ini.
Komiti Nilai juga kini telah bersama KPS juga mengalas tugas berat yang mana akan bertanggungjawab memastikan HPA terus diperjuangkan dan dipromosikan dgn lebih hebat lagi khususnya di Negeri Sembilan ini.
Saya juga telah mendapat semangat baru di Kluang yang mana saya tersentuh dengan ucapan PJS Rahmat yang menyentuh asas perjuangan. Di HPA lah kita dapat semuanya, ilmu, produk HALAL, bonus, Perawatan, Tarbiyah dan herba sebagai altenatif kepada ubatan.
Dan akhir kata perjuangan harus diteruskan yang mana kekadang jalannya pahit untuk diharungi dan yang pastinya terlalu manis untuk ditinggalkan.

Wednesday, February 17, 2010

Kursus Pemantapan HPA

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengikuti pembentangan dari mereka-mereka yang telah membuktikan kejayaan mereka di HPA.
Yuran hanya RM30.00 sahaja.
Hubungi saya di 019-3286037 atau 012-6476837

Monday, February 15, 2010

Program Gen 2

Hari ini 15hb Feb 2010 berlangsung Program Gen 2 bertempat di Masjid Al-Ghufran Pinggiran Tun Dr Ismail.
Komiti Nilai Negeri Sembilan telah menghantar 10 orang wakil ke program ini. Sementara saya dan Ustaz Razak bertugas sebagai Ahli Jawatan Kuasa program.

Kehadiran seramai hampir 70 org yang telah dipilih oleh komiti masing-masing.
Antara pembentang yang telah memberi pembentangan adalah:
  1. MLM Syariah - Ust. Ahmad Adnan Fadhil, Setiausaha Panel Syariah HPA
  2. Great Leader - En Mohd Faisol Abd Rahman, Pengurus Besar Al-Wahida Marketing
  3. Penajaan Berkesan - PJM/PJS Hj Khalid Iskri
  4. Pelan Marketing Ta'awun 2010 - PJM/PJS En Hafidzan Fauzi, Presiden KPA
  5. Kembali kepada Asal - PJS Herbalis Ramly Ahmad, Ketua Unit Herbalis KPA

Pengarah Program Gen 2 kali ini adalah PJM/PJS Rosmandi Ishak, Tim. Presiden KPA merangkap Ketua Unit Latihan KPA

Program tamat pada jam 7.00 mlm

Wednesday, February 3, 2010

Mutiara Hati Ibnu Qayyum


"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR. Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.