MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA
Adalah dimaklumkan bahawa majlis tandatangan persetujuan pembelian menara HPA pada 6hb April 2010 ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kelak
Harap Maklum
Sekian Terima kasih
Jadilah Sihat
Saturday, April 3, 2010
Thursday, April 1, 2010
Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA
Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam.
Berharga RM60 Juta
Pada : 6hb April 2010
Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI
Semua dijemput hadir
Wednesday, March 31, 2010
Melaka Halal Hub
Bangunan Ancor Melaka Halal Hub yang dimiliki HPA. Disini terdapat Halal Mart yang memasarkan semua produk HPA dan juga produk Usahawan Melaka Halal Hub.
AJK Komiti Nilai, Dari kiri Setiausaha Haryani, Pen. bendahari Herbalis Aiju, Penaung PJM Siti Habibah, Penasihat Kewangan PJS Baharudin, Pengerusi Herbalis Azmely dan Naib Pengerusi Ust Abd Razak semasa di Pelancaran Produk Melaka Halal Hub.Jana Pendapatan RM25 Juta Setahun Melaka Halal Hub Tumpu Pasaran Global
SERKAM, 30 Mac- Melaka Halal Hub yang diterajui oleh HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan pendapatan kira-kira RM25 juta setahun dengan memberi tumpuan kepada pasaran baru di peringkat global, selain memperkukuhkan lagi pasaran domestik.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Md Yunos Husin berkata, HPA merupakan syarikat Bumiputera 'MLM' terkenal dan mempunyai lebih 300 variasi produk halal."Selaku peneraju atau 'anchor', HPA tentu sekali akan menggunakan kekuatan jaringan pemasarannya untuk meletakkan Melaka Halal Hub sebagai halal hub terkemuka dengan penghasilan produk-produk berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," ujar beliau dalam sidang media selepas melancarkan produk terbaru HPA, di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, AR Ismail Othman; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Mohamad dan Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Ismail Ahmad.Beliau memberitahu, selain membantu 13 vendor sedia ada, HPA juga akan membantu usahawan IKS halal lainnya yang beroperasi di Melaka Halal Hub.
"Jenama Halal Malaysia kini makin mendapat keyakinan di kalangan negara Eropah, Timur Tengah selain negara-negara Asia. Permintaan pasaran di sana cukup besar dan inilah ruang yang akan digunakan oleh HPA bagi menjadikan Melaka Halal Hub menembusi pasaran dunia menerusi produk-produk halal yang dihasilkan," kata Md. Yunos.Katanya, HPA juga telah mengenakan syarat kelulusan yang begitu ketat kepada setiap vendor termasuk piawaian Good Manufacturing Practice (GMP); Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP); Good Hygiene Practice (GHP) serta memenuhi kriteria Malaysian Halal Standards MS1500:2009."Inilah antara prasyarat penting yang akan melayakkan semua produk yang dihasilkan di Melaka Halal Hub untuk menembusi pasaran antarabangsa, selain keperluan pasaran tempatan," ujarnya.Md. Yunos memberitahu, sehingga kini produk-produk keluaran HPA telah mendapat pasaran di Singapura, Hong Kong, beberapa negara di Timur Tengah.Beliau juga memaklumkan bahawa Melaka Halal Hub dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Jun depan sempena MIHAS yang akan diadakan di negeri ini.
Dipetik dari http://www.melakahariini.com.my/isA31mac10.html
Dipetik dari http://www.melakahariini.com.my/isA31mac10.html
Saturday, March 20, 2010
PERSIAPAN PROGRAM SULUH SIHAT SUKSES
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang hadir membantu bagi menjayakan program kesihatan Komiti HPA Nilai, Antara AJK yang hadir adalah Haryani, Pn Robiah, Pn Aiju, Pn Roslah,Pn Rohani, Pn Aminah dan Pn Nik Zah. Semoga esok program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai matlamatnya yang mana ingin memperkenalkan Perubatan Jawi kepada Masyarakat umumnya dan Ahli HPA khasnya agar memartabatkan Perubatan JAWI yang diasaskan oleh Pengarah Urusan.
Terima Kasih juga kepada Naib Pengerusi komiti selaku Pengarah Program Kesihatan kali ini iaitu Al Fadhil Ust Abd Razak yang menjemput kami ke rumahnya bersempena Aqiqah putra baru beliau. Tahniah diatas kelahiran putra beliau dan didoakan seluruh ahli keluarganya sihat walafiat dan sentiasa dibawah rahmat Allah.
Thursday, March 18, 2010
HPA dan Raihan bergabung

Lebih 700 orang menghadiri persembahan konsert Raihan bersempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel De Palma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru.
4 produk baru itu ialah:
1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women
Thursday, March 11, 2010
Sambutan Maulidur rasul Di Cawangan Nilai
Komiti HPA Nilai, Negeri Sembilan telah memanggil Kumpulan Marhaban pada hari ini bersempena dengan sambutan Maulidur rasul. 
Sebelah malamnya, semua hadirin kelas Mingguan di jamu dengan Bakso lagi. Kali ini kelas bermula jam 10.00 selepas semua hadirin menjamu selera. kelas juga agak santai iaitu semua hadirin duduk di bawah tetapi slot kelas berbeza dari biasa yang mana kali ini kelas menekan Produk Halal, Bagaimana Sikap dan Pilihan kita yang disampaikan oleh Herbalis Azmely, Pengerusi Komiti Nilai dan info terkini syarikat disampaikan oleh PJS Hj Zainal Ahmad. Kelas dihadiri lebih kurang 30 orang.
Saf Kepimpinan Komiti Nilai bergambar kenangan bersama PJS Rahmat Daim, Timbalan Presiden 1 Kelab Pemimpin Selatan ( KPS ) dan PJS Rosmandi Ishak, Timbalan Presiden Kelab Pemimpin Al-Wahida ( KPA )
Selesai bermarhaban kumpulan itu dijamu dengan Jamuan Bakso...
Wednesday, March 10, 2010
Pelancaran Produk Baru HPA
Tarikh : 17hb March 2010
Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
Antaranya : Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….
Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya
Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
Antaranya : Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….
Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya
Friday, March 5, 2010
Tahniah diatas penubuhan KPS
Sekalung tahniah diucapkan kepada Penaung Komiti Nilai, PJM Siti Habibah yang diberi kepercayaan oleh HPA untuk menerajui Kelab Pemimpin Selatan yang ditubuhkan semalam ( 4hb Mac 2010 ) di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang. Tahniah juga diucapkan kepada PJS Rahmad Daim, Tim. Presiden 1 dan PJS Shafie Tasiron, Tim. Presiden 2 dan semua AJK yang telah dilantik.Tugas berat menanti mereka yang mana mereka telah diamanahkan untuk memastikan HPA terus berkembang dan maju di Zon Selatan ini.
Komiti Nilai juga kini telah bersama KPS juga mengalas tugas berat yang mana akan bertanggungjawab memastikan HPA terus diperjuangkan dan dipromosikan dgn lebih hebat lagi khususnya di Negeri Sembilan ini.
Saya juga telah mendapat semangat baru di Kluang yang mana saya tersentuh dengan ucapan PJS Rahmat yang menyentuh asas perjuangan. Di HPA lah kita dapat semuanya, ilmu, produk HALAL, bonus, Perawatan, Tarbiyah dan herba sebagai altenatif kepada ubatan.
Dan akhir kata perjuangan harus diteruskan yang mana kekadang jalannya pahit untuk diharungi dan yang pastinya terlalu manis untuk ditinggalkan.
Thursday, February 18, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Kursus Pemantapan HPA
Monday, February 15, 2010
Program Gen 2
Hari ini 15hb Feb 2010 berlangsung Program Gen 2 bertempat di Masjid Al-Ghufran Pinggiran Tun Dr Ismail.Komiti Nilai Negeri Sembilan telah menghantar 10 orang wakil ke program ini. Sementara saya dan Ustaz Razak bertugas sebagai Ahli Jawatan Kuasa program.
Kehadiran seramai hampir 70 org yang telah dipilih oleh komiti masing-masing.
Antara pembentang yang telah memberi pembentangan adalah:
- MLM Syariah - Ust. Ahmad Adnan Fadhil, Setiausaha Panel Syariah HPA
- Great Leader - En Mohd Faisol Abd Rahman, Pengurus Besar Al-Wahida Marketing
- Penajaan Berkesan - PJM/PJS Hj Khalid Iskri
- Pelan Marketing Ta'awun 2010 - PJM/PJS En Hafidzan Fauzi, Presiden KPA
- Kembali kepada Asal - PJS Herbalis Ramly Ahmad, Ketua Unit Herbalis KPA
Pengarah Program Gen 2 kali ini adalah PJM/PJS Rosmandi Ishak, Tim. Presiden KPA merangkap Ketua Unit Latihan KPA
Program tamat pada jam 7.00 mlm
Wednesday, February 3, 2010
Mutiara Hati Ibnu Qayyum

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR. Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Pada 23 Januari yang lalu saya telah dijemput ke Felda Pasoh 3, Kuala Klawang Negeri Sembilan. Program bermula agak lewat kerana ada program bertindan di kawasan itu. Tapi semua itu tidak lah mematahkan semangat kami kerana inilah perjuangan.
Program bermula pada lebih kurang 3.00ptg yang mana saya menerangkan sedikit sebanyak mengenai HPA dan perjuangannya. Dilema makanan halal masa kini yang melanda umat islam khususnya di Malaysia kita tercinta ini. Juga peluang yang boleh diraih bersama HPA yang kini sudah semakin berkembang pesat.
Program bermula pada lebih kurang 3.00ptg yang mana saya menerangkan sedikit sebanyak mengenai HPA dan perjuangannya. Dilema makanan halal masa kini yang melanda umat islam khususnya di Malaysia kita tercinta ini. Juga peluang yang boleh diraih bersama HPA yang kini sudah semakin berkembang pesat.
Selepas sesi penerangan, sesi mendiagnos penyakit adalah sesi yang ditunggu oleh kebanyakan mereka yang hadir dalam sekitar lebih kurang 20org. Selepas itu saya membuat perawatan bekam pada yang hadir. Seramai 8 org yang berbekam pada program ini.
Pada keseluruhannya program ini agak berjaya juga kerana selain dari perawatan, penjualan dan keahlian juga memberangsangkan.
Pada keseluruhannya program ini agak berjaya juga kerana selain dari perawatan, penjualan dan keahlian juga memberangsangkan.
Friday, January 22, 2010
Sebuah lagi kejayaan terlakar
Alhamdullillah HPA semakin mendapat tempat di hati umat islam yang sangat hauskan produk halal yang tulen dan tanpa keraguan lagi...
HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.
Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam.
MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal.
Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.
Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.
Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.
Ihsan daripada PJS Jamaluddin Yeop Majlis ( jamalmajlis.blogspot.com )
Ihsan daripada PJS Jamaluddin Yeop Majlis ( jamalmajlis.blogspot.com )
Thursday, January 14, 2010
Takziah
Salam Takziah buat sahabatku, Saudara Amran yang kehilangan Ayahanda tercinta malam semalam. Banyakkan bersabar, dan doa. Semoga Allahyarham ayahanda Hj. Ariffin ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin...
Aku faham berita ini amat mengejut kerana Allahyarham tidak menghidap penyakit kronik dan sihat walaupun telah berusia 65thn. Semasa bulan lepas kami berjumpa Allahyarham beria-ia mengajak aku ke kebun Cilinya. Apa yang menarik perhatianku bukan la cili yang banyak sekali pada setiap pokok tapi pokok mata kucing yang masih kecil tp mengeluarkan buah yang amat banyak dan besar lagi manis. Aku sempat bertanya apa rahsianya.. Allahyarham berpesan semasa menanam tu pastikan hari masih pagi, selawat dan niatkan agar pokok itu dapat memberi hasil yang banyak untuk dinikmati ramai orang....
Al-fatihah buat Hj Ariffin..
Aku faham berita ini amat mengejut kerana Allahyarham tidak menghidap penyakit kronik dan sihat walaupun telah berusia 65thn. Semasa bulan lepas kami berjumpa Allahyarham beria-ia mengajak aku ke kebun Cilinya. Apa yang menarik perhatianku bukan la cili yang banyak sekali pada setiap pokok tapi pokok mata kucing yang masih kecil tp mengeluarkan buah yang amat banyak dan besar lagi manis. Aku sempat bertanya apa rahsianya.. Allahyarham berpesan semasa menanam tu pastikan hari masih pagi, selawat dan niatkan agar pokok itu dapat memberi hasil yang banyak untuk dinikmati ramai orang....
Al-fatihah buat Hj Ariffin..
Subscribe to:
Posts (Atom)




