Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Saturday, September 18, 2010

Selamat Tinggal Dunia Bujang

Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.

Ilmu kekeluargaan, ilmu keibubapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.

Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.

Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.

Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Semoga Allah memberkahi Majlis Pernikahanku pada jam 14.30 tanggal 9 Syawal 1431H bersamaan 18 September 2010. Semoga pernikahan ini menjadi titik tolak untuk kami berdua menjadi hambaNya yang lebih baik. Allah SWT berfirman ertinya: "Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu..." (Q.S. Ali Imran:31)

Dirawikan dari Basyir al-Hafei r.a dia ber
kata: Dalam tidur aku melihat Nabi SAW. Baginda berkata, "Wahai Basyir! Tahukah engkau sebab apa Allah mengangkatmu melebihi teman-temanmu?" Basyir menjawab, "Tidak wahai Rasulullah.." Lalu baginda berkata, "Adalah disebabkan khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga.."


Ku pohon sahabat-sahabat yang setia mengunjungi blogku yang tidak seberapa ini mengaminkan doa ini bersamaku semoga kita sentiasa mendapat kasih sayangNYA

"Ya Allah Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Ya Allah Ya Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Amin..Amin Ya Rabbal Allamin..

Dengan rendah diri saya menjemput semua sahabat-sahabat ke Majlis Perkahwinan kami yang akan berlangsung di Pekan Nenas, Pontian Johor Darul Takzim pada 23 Syawal 1431H bersamaan 2 Oktober 2010.. Buat sahabat seperjuangan HPA mohon maaf kerana tidak bersama meraikan Perasmian Gilang Gemilang H.P.A International Centre ( HPAic ) yang berlangsung pada tarikh yang sama.. Tetapi inilah pengorbanan yang perlu aku lakukan kerana aku mahu perjuanganku bersama HPA lebih kuat dan berkat bersama seorang yang bergelar isteri.. Insyallah

Tidak Lupa pada seluruh Ahli keluarga terutama ayah dan ummi juga Kakak dan Alang tak lupa Abg Ad dan Abg Zaki yang banyak berkorban dan membantu.. Tak termampu untuk aku mengucapkan TERIMA KASIH kerana jasa kalian sangat berharga buat Aku.. Aku Sayang Korang Semua Dunia Akhirat.. dan buat Kak Bib,Abg Baha, dan Abg Rosmandi dan seluruh Komiti HPA Nilai Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sokongan dan dorongan kalian.. Semoga Allahlah yang membalas segala budi baik kalian semua kepada kami berdua..

1 comment:

  1. Selamat Pengantin Baru...
    Semoga Berbahagia Sehingga Akhir Hayat..
    Amin..

    ReplyDelete