Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Wednesday, June 17, 2009

Kelas Refleksiologi

Alhamdullillah tadi Komiti HPA Nilai telah berjaya melaksanakan kelas ilmu, kali ini kami belajar Refleksiologi yang telah dikendalikan oleh saya sendiri.
Hari ini saya telah diuji oleh Allah, kepulangan ayah saya dr Tanah Suci Mekah kali ini disambut dengan deraian airmata kami anak beranak kerana melihat keadaannya yang berkerusi roda diusung oleh Pembantu Kesihatan Airport. Keadaan ayah amat lemah dr pengamatan saya. Sangkaan saya benar bila ayah menceritakan yang dia Hypo kerana tidak berselera makan setelah kena cirit birit. Tangan dan kaki sebelah kirinya telah mengalami hilang fungsi. Ayah juga tidak membuang air kecil sejak hari Ahad lagi. Sampai di rumah saya terus membuat refleksiologi pada kaki ayah, setelah 1/2 jam memicit ayah tertido. 10 minit kemudian ayah terjaga dan minta dibawakan ke tandas kerana ayah terasa ingin membuang air kecil. Alhamdullillah ayah mampu terkencing juga akhirnya dan kencingnya berwarna coklat. Selepas itu saya dan ayah mendapati kaki kirinya mampu diangkat yang sebelumnya tadi tidak. Ayah seronok sangat bila kakinya dapat diangkat walaupun sikit. Selepas itu ayah minta saya memicit tangannya pula. selepas 10 minit memicit ayah mampu menggenggam sepenuhnya tangan kirinya walaupun tidak berapa kuat sangat. Terlihat wajah kesyukuran dari wajah ayah tadi. Syukur sangat saya kerana dapat membantu ayah dengan ilmu yang saya perolehi di Sijil Herbalis yang lalu.
Tadi juga semasa di kelas refleksiologi saya curahkan semua ilmu yang ada pada saya semoga ilmu yang saya perolehi dan yang di curah bermanafaat pada semua, insyaallah. Semoga dapat disampaikan dipraktikan secara semaksimumnya.

1 comment:

  1. salam,apa kabar azmely,ini dr.Yun dari Medan Indonesia.Semoga masih ingat ya.semoga adik azmily diberi kesabaran atas penyakit ayah yang sekarang.jangan lupa terus berdoa dan lakukan therapy yang sudah dipelajari di sijil herbalis itu.ok

    ReplyDelete