Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, July 22, 2010

Setelah Sekian Lama....

Alhamdullillah hari ini dapat juga meluangkan sedikit waktu mencoret di blog ini yang dah sekian lama tak update... Bukan kerana tiada bahan untuk di update tetapi kerana kesibukan yang mula menyinggah.
Sebulan lebih nie terkejar kesana-sini mengempur,menaja dan merawat... di tambah dengan program PBC dan kelas ilmu. Tapi kesibukan ini amat seronok.. Penat tapi berbaloi.
Insyaallah lepas ni akan tertumpu di 5 negeri la pulak... Selangor.. N.Sembilan... Johor.. Pahang... Kelantan. Jaringan Rangkaian sedang berkembang pesat sekarang..
Bila lagi??? Orang lain telah mencapai dan menikmati impian mereka sedang kita??? Adakah harus kita hanya memandang dan tidak berbuat apa???? Bulatkan tekad kuat azam... Inilah masanya untuk kita keluar dari kemelut negatif diri kita. Jangan jadikan pandangan negatif insan lain kepada kita satu halangan jadikanlah ianya sebagai satu lonjakan untuk kita berjaya dan ucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah membuatkan kita lebih bermotivasi untuk merealisasikan impian diri... Insyaallah.

Sunday, June 13, 2010

Pra PBC Senawang, Negeri Sembilan

Hari ini berlangsung program Pra PBC di HPA Halal Mart Senawang, Negeri Sembilan. Kehadiran Peserta kali ini adalah lebih kurang 15 orang sahaja. Namun ini bukan penyebab untuk tidak meneruskan program, Kita sedia maklum bahawa Pra PBC ini masih baru dan ramai yang masih perlu difahamkan mengenai program ini. Walau bagai mana pun Pra PBC Senawang tetap berjalan dengan lancar dan jayanya.

Antara modul yang dibentangkan adalah antaranya

  1. Kenali Syarikat -PJS Abdullah Abd Rahim ( Pak Lah )
  2. Isu Halal Haram - PJ Ust. Abd Razak Mohamed
  3. Plan Pemasaran - PJS Ahmad Shafik Mohamad
  4. Sinergi dan Set Herba - Herbalis Azmely Hj Yaakob
  5. Strategi Cemerlang - PJS Rugayah Md Zin.
Program tamat sekitar 5.00ptg. Dari maklumbalas peserta keseluruhan program adalah berkesan dimana keseluruhan pserta memahami apa yang telah dibentangkan.

Saturday, May 29, 2010

Makanan Ayam




Kenapa banyak penyakit hari ini disabitkan dengan makan ayam. Ada negara-negara luar sudah tidak lagi menggalakan rakyatnya memakan ayam goreng menyebabkan restoran-restoran ayam goreng segera terpaksa ditutup. Inilah akibatnya apabila konsep penternakan ayam dipenuhi dengan antibiotik,ubat kimia antistress,hormon pembesaran dan pelbagai ubatan kimia lainnya.Kenapa kita tidak berani keluar dari kaedah kimia tanpa batasan ini dengan menggunakan herba seperti bawang putih,mambu,rumput mutiara dan lain-lain lagi. Penternak ayam kebanyakan takut dengan kadar kematian yang tinggi sehingga mereka mengikut telunjuk penternak kimia turun temurun. Hari ini kita bangunkan peradaban baru sesuai dengan kehendak kesihatan bukan dengan ubatan kimia tapi ubatan herba.Percayakah anda bahawa masa hadapan dunia akan menuju kepada penggunaan herba secara global bukan hanya makanan ayam tetapi makanan manusia keseluruhanya. Kita lihat nanti perubahan itu akan melanda bagai tsunami maka tidak hairanlah jika ayam HPA tidak pernah cukup di pasaran. TK teruskan berjuang.





Monday, May 24, 2010

PBC Jerantut

Selepas PBC Gua Musang kami ( Kak Bib, Abg Baha, saya, Yani dan Ust Razak ) menyinggah pula ke PBC Jerantut bagi memenuhi jemputan Urusetia PBC Jerantut yang menjemput Kak bib memberi slot Diagnosis Saraf Tapak Tangan dan Ust Razak bg slot Halal & Haram.

Saturday, May 22, 2010

PBC Gua Musang, Kelantan

Dijemput oleh Komiti HPA Gua Musang sebagai pengerusi majlis dan seterusnya membantu mereka mengurus tadbir perjalanan sesuatu PBC. Ini kerana Komiti mereka masih sangat baru dan mereka inginkan bantuan dari segi idea dan pengurusan PBC agar selepas ini mereka mampu untuk mengerakkan PBC mereka sendiri, insyaallah.

Program hari pertama diisi dengan modul
  1. Profil Syarikat - Herbalis Azmely
  2. Halal Haram - PJ Ust. Abd Razak
  3. MLM Syariah - PJ Ust. Abd Razak
  4. Pelan Pemasaran - PJM Rosmandi Ishak
  5. Gerak Kerja 6M - PJM Rosmandi Ishak
  6. Perkongsian Pengalaman - 3 generasi hadir PBC kali ini, Nenek, mak dan anak

Semoga mereka ini bakal menjadi pengempur hebat HPA di Gua Musang ni.

Wednesday, May 12, 2010

Penubuhan Komiti HPA Tampin, Negeri Sembilan

Pada isnin yang lepas kami berempat dari Nilai ke Tampin bagi penubuhan Komiti di sana. kami, Kak Bib, Abg Baha, Aku dan Yanie ke sana kerana Kak Bib selaku Presiden KPS dan aku selaku Unit IT & Sebaran KPS harus ke sana bagi penubuhan Komiti dan seterusnya memasukkan aktivi tersebut di Blog KPS. Boleh lawat http://www.kelabpemimpinselatan.blogspot.com/

Tahniah juga diucapkan kepada downline ku, En Mohd Noorsham kerana diberi amanah sebagai Naib Pengerusi Komiti Tampin. Semoga beliau akan lebih aktif dan menjadi salah seorang leader dan pengempur yang disegani kelak. Insyaallah..

Friday, May 7, 2010

Lawatan Ke Perlis
















Kami rombongan dr Komiti Nilai telah sampai ke HQ di Jejawi jam 10pg td. Telah Melawat kilang GMP,kopi radix di Jejawi. Sempat plak shopping di Padang Besar. Baru selesai melawat kilang Kopi Radix, Kuala Perlis. Kini sedang menjamu selera di RCH Kangar

Sunday, April 25, 2010

Lagi Penciplak Kopi Radix...

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan.
Diantaranya adalah seperti berikut;
i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.
Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU. Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX. Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini. Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.
Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.
Ihsan:http://gmalwahida.blogspot.com & http://www.hpa.com.my

Wednesday, April 14, 2010

PBC Nilai 10-11 April 2010

Herbalis Azmely sebagai Moderator Program PBC Nilai.
Herbalis Faizal yang baru saja menamatkan Sijil Herbalis ke 18 menceritakan pengalaman beliau sewaktu mengikuti program Sijil Herbalis yang memberikan kesan yang sangat mendalam kepada diri beliau.
Penceramah jemputan, PJS Ust Safuan Pamidi menerima cenderahati dari Penaung Komiti Nilai, PJM Pn Siti Habibah Yusoff.

Lagi penceramah jemputan, PJM Rosmandi Ishak ( Timbalan Presiden KPA ) menerima cenderahati daripada AJK Komiti Nilai, Ust Azis Jakpar Soraji.

Sebahagian daripada 54org peserta PBC Nilai kali ini.

Open Day UniKL

Pada 7,8 dan 9 April yang lalu, Kami dijemput oleh salah seorang AJK Komiti iaitu Ust Azis Jakpar untuk bersama-sama memeriahkan Open Day UniKL, City Campus. Kami dari Komiti Nilai bertiga, Saya, Haryani dan Pn Roslah. Matlamat kami adalah untuk memperkenalkan HPA pada warga UniKL keseluruhannya. Kami membuat jualan produk dan juga diagnosa Saraf Tapak Tangan.
Dekan UniKL ( MIIT ) Prof Dr. Roslan Ismail yang telah menjadi ahli pada hari itu mengdiagnos saraf tapak tangan sambil diperhati oleh Ust Azis Jakpar penganjur dan juga pensyarah UniKL.

Setelah 3 hari berkampung di UniKL. Biar pun penat tapi matlamat kami sampai kerana hampir 200 orang telah didiagnos dan dianggarkan hampir 40 keahlian telah bersama kami. 20 keahlian diperolehi pada Career Talk yang disampaikan oleh PJM Cikgu Murad pada 9hb disebelah paginya. Syabas diucapkan kepada Ust Azis dan student yang membantu mempromosikan pemeriksaan Saraf Tapak Tangan kami.

Saturday, April 3, 2010

Ralat -MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA

MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA
Adalah dimaklumkan bahawa majlis tandatangan persetujuan pembelian menara HPA pada 6hb April 2010 ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kelak
Harap Maklum
Sekian Terima kasih

Thursday, April 1, 2010

Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA

IMPIAN MENJADI REALITI

Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam.

Berharga RM60 Juta

Pada : 6hb April 2010

Masa : 11.00 Pagi.

Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor

Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI


Semua dijemput hadir