Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Wednesday, January 12, 2011

Bagaimana menghadapi kritikan

Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan kita. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan kita

Dalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan kita di khalayak ramai.

Jika kita dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya kita kekal bermotivasi?

Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.

01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.

Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat kita bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.

Lupakan kata-kata yang mengkritik kita, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara kita mempelajari sesuatu.

Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar kita membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat kita tidak bermotivasi.

02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.

Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati kita membara, panas sebab dikritik dan telinga kita pedas mendengar suara si pengkritik.

Turunkan ego kita. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.

Untuk kita kekal bermotivasi, kita juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu kita bahawa tindakan kita salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'.

Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya kita mempunyai peluang.

03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.

Sehebat manapun kita, elak untuk merasa riak atau merasa diri kita lebih bagus dari orang lain.

Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.

Bentuk diri kita agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!

Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya kita berpuas hati dengan apa yang kita berjaya capai.

Dengan itu, kita akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika kita mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, kita hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.

Lantas kita tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.

Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!

Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, kita akan sentiasa bermotivasi! Insyaallah

No comments:

Post a Comment