Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, January 7, 2010

Tahun 2010

Alhamdullillah.. Setelah seminggu berada di dalam tahun 2010 ini barulah dapat kembali mencoretkan beberapa patah ayat di blog kesayangan aku ni.
Insyaallah tahun ini adalah tahun untuk kerja keras. Sasaran adalah untuk mencapai Insentif Ta'awun 2010 iaitu pakej haji. Insyaallah, mohon doa rakan-rakan dan kita g ramai-ramai ke sana nanti.
Azam 2009 masih ada berbaki 2 lagi yang belum tertunai yang aku pastikan akan tertunai selewat-lewatnya bulan Mei 2010 nanti, insyaallah.
Impian tahun ini nak round 1 malaysia untuk bina jaringan dan capai sasaran membina 6 PJ dibawah jaringanku. ini adalah salah satu cara untuk merebut insentif itu kan.. Kekadang kelakar bila ada yang kata aku ni mengejar material je tapi kalu aku kejar material dah lama dah aku tak bersama HPA ni tapi apa yang aku buat adalah untuk perjuangan diri dan Islam.. tapi kekadang diorang tak suka ngan cara aku, cara kerja aku... tak islamik la tak kena la... memang la... aku bukan Ustaz..... Tapi aku tertarik ngan HPA kerana bila aku bersama HPA aku merasa aku kearah menjadi Muslim sejati.. tapi ada juga yang tak senang dengan perubahan itu, keterlaluan kata mereka.. Kelakar pun ada... Dakwah ngan Minyak But-but kata diorang.. Takpelah sekurangnya mereka semua tu dah pakai dan jadi pengguna Produk HPA.. Cerita ni terjadi selepas aku PBC pada Januari 2008 yang lalu dah 2 tahun pun berlalu.....

Kini semua itu yang membuat aku kuat untuk terus bersama HPA. Membuat aku lebih sayang pada HPA. Namun, 2010 ini aku tidak berkesempatan untuk melakukan banyak benda yang telah dirancang dari tahun lepas. Mungkin inilah kesempatan untuk aku lebih fokus pada pengembangan jaringan aku dan lebih banyak ruang untuk aku melebarkan sayap dan tidak terikat dengan komitmen yang ada...

Walaubagaimanapun aku ingin mohon maaf pada sahabat-sahabat yang telah aku kecewakan, dan sebagainya atas pelbagai kesalahan aku pada kalian. Wallahu'lam

No comments:

Post a Comment