Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Friday, October 16, 2009

Madu


Dengan kuasa Allah, seekor serangga yang kecil mampu mengeluarkan sejenis penawar yang tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat. Serangga itu ialah lebah dan penawar yang dikeluarkan adalah madu lebah.

Allah berkata didalam surah An-Nahl ayat 69,

" Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warna, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia."


Nabi Muhamad saw berkata.

'Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga pagi setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.'

SUMBER DAN KHASIAT MADU LEBAH.
Madu lebah ialah Hectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga pollen menjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva. Madu lebah mempunyai gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam.
Apabila ia dicampur dengan sedikit air ia menyerap masuk kedalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan C disamping pelbagai zat logam seperti, magnesium, potosium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli sains dari kebanyakan negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 Desember 1993 di Cina. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamanya mengunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Dipersidangan yang sama, doktor-doktor dari Poland memberitahu para pewakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit bawasir, penyakit kulit dan sakit puan.

No comments:

Post a Comment