Jadilah Sihat
Tuesday, July 19, 2011
Thursday, July 14, 2011
Setinggi Syukur padaMu Ya Allah....
Sunday, February 20, 2011
Saturday, February 5, 2011
Bukan Senang Jadi Pemimpin
Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja.
Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda.
Tetapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukar peranan masing-masing.
Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut." Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut.
Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja." Berjaya tak?
Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, "Kalau nak aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita."
Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu.
Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, "Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita."
Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.
Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.
Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.
Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.
Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar.
Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan.
Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.
Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak.
Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar dikelilingnya, pun tidak dapat gelaran 'Ulul Azmi'. Mengapa? Baginda sujud itu bukan memimpin. Baginda dengan tuhan saja. Dengan tuhan baginda rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah.
Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah baginda mendapat darjat 'Ulul Azmi'.
Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian.
Oleh itu, janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.
Tuesday, February 1, 2011
ETIKA BERPAKAIAN SEMASA MAJLIS KONVEK DAN MAJLIS MAKAN MALAM PJS
PJS LELAKI: BLAZER BLUE BLACK
: KEMEJA PUTIH
: SELUAR SLACK HITAM
: KASUT BERTUTUP HITAM
: STOKIN HITAM
: TANDA NAMA PJS
PJS PEREMPUAN: BLAZER BLUE BLACK
: TUDUNG HITAM
: BAJU KURUNG (WARNA BEBAS) ATAU JUBAH WARNA HITAM
: KASUT BERTUTUP HITAM
: STOKIN HITAM
: TANDA NAMA PJS
2. PAKAIAN PJS SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM DI DEPALMA SHAH ALAM
TARIKH: 4 FEB 2011
PJS LELAKI : BAJU BATIK DAN SELUAR SLACK HITAM SERTA KASUT BERTUTUP.
PJS PEREMPUAN: BAJU KURUNG/ JUBAH (BEBAS WARNA) DAN TUDUNG HITAM DAN KASUT BERTUTUP.
Monday, January 31, 2011
Mencipta Pemimpin Kumpulan
Menjadi pemimpin dalam perniagaan MLM bukanlah satu tugas yang mudah. Segala beban dan tanggungjawab perlu ditanggung oleh upline bagi mendidik rakan niaga mereka mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan yang diinginkan.
Dalam masa yang sama, sifat-sifat kepimpinan mesti dipupuk dalam diri setiap individu yang menyertai perniagaan multi level marketing supaya kumpulan dapat berkembang dengan pesat dan tidak ada sebarang cacat cela dalam perniagaan.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, kita perlu…
Sepertimana yang kita sedia tahu, bisnes ini memerlukan kerjasama antara upline dan downline secara berterusan untuk terus maju. Kebanyakkan kegagalan yang berlaku sebenarnya bukanlah sebab syarikat perniagaan mahupun produk yang diedarkan, tetapi kurangnya kerjasama antara mereka.
Ramai upline yang mengamalkan sikap melepaskan batuk di tangga apabila membawa rakan niaga baru masuk ke dalam kumpulan mereka dimana mereka beranggapan bahawa rakan niaga mereka sepatutnya belajar berdikari dan menjalankan perniagaan dengan sendiri.
Tanggapan ini sebenarnya adalah silap kerana mereka memerlukan bantuan penaja mereka. Bayangkan downline kita tidak mempunyai sebarang ilmu mengenai perniagaan, bagaimana mereka mahu bermula?
Bantu Mereka dan Mereka Akan Membantu kita
Saya percaya dengan falsafah yang dikemukakan oleh para usahawan multi level marketing yang telah berjaya dimana mereka begitu tekankan, “What you give, you get back”. Ramai yang cenderung meninggalkan penaja mereka kerana mereka dapati bahawa penaja tersebut tidak pernah membantu mereka untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan yang diinginkan.
Ini juga akan membuatkan downline anda beralih arah seperti menyertai kumpulan yang lain dan apa yang buruk ialah mereka akan memperkatakan benda yang kurang enak mengenai sikap anda yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang penaja.
Duplikasi adalah kuasa sebenar dalam perniagaan multi level marketing. Dalam konteks kepimpinan, seseorang penaja itu harus tahu bagaimana untuk mendidik rakan niaga mereka supaya dapat meniru corak perniagaan dan pemasaran yang dilakukan oleh penaja.
Proses ini boleh dididik melalui perjumpaan yang kerap antara penaja dan downline atau mengadakan mesyuarat perniagaan dan pembentangan pelan pemasaran setiap minggu. Ia akan mengambil masa sebelum kita dapat lihat duplikasi ini berjalan dengan lancar.
Tetapi apa yang berani di katakan ialah… Apabila duplikasi ini berjaya dihasilkan, setiap usaha yang telah kita laburkan dijamin berbaloi.
Tuesday, January 25, 2011
Mengapa Suka Cakap Belakang?
Puncanya kerana dia hanya memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangannya.
Saya hairan kerana setahu saya, syarikat pembekal alatulisnya itu tidak pernah memberi bonus sejak mula beroperasi.
Mengapa pula mereka hendak berhenti kerja bila taukenya hendak memberi bonus?
"Aku pernah bersembang dengan seorang staf, niat aku hendak beri bonus kepada semua kakitangan aku. Dia boleh bawak cerita kepada staf yang lain yang aku nak beri bonus tiga bulan gaji. Bila aku beri sebulan gaji, masing-masing merajuk dan nak berhenti kerja. Mereka tuduh aku berbohong! Nasib baik aku panggil staf aku yang jadi penyebar cerita palsu itu menceritakan kepada semua staf dalam sebuah mesyuarat. Kalau tidak, aku boleh tutup kedai."
Alhamdulilah kerana Sharifuddin dapat menangani masalah di syarikatnya yang kecil itu. Fitnah yang besar di dalam sebuah syarikat yang kecil itu dapat dihidu dan disusur puncanya lalu diselesaikan.
Bagaimana pula kita yang bekerja di syarikat yang besar, kawasan perumahan yang besar atau kampung yang besar?
Yang pasti, saban hari berita benar dan palsu datang kepada kita bersilih ganti hingga kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang benar dan yang mana salah.
Yang bahayanya, berita itu tiba dalam bentuk pertuturan, bisikan dari telinga ke telinga sehingga kita tidak tahu dari manakah sumbernya. Malangnya, kita mudah mempercayainya.
Mengapa? Di antara punca utamanya ialah sikap kita yang mudah menerima apa yang disampaikan secara cakap belakang-belakang.
Kita mudah menerima cerita yang disampaikan secara tidak rasmi ini kerana di dalam mana-mana kelompok manusia, akan terdapat seorang penyampai berita yang handal dalam mensensasikan apa jua khabar.
Lazimnya, si penyampai berita ini mempunyai cara pertuturan yang amat menyakinkan. Sesuatu berita disampaikan dengan intonasi suara yang memukau, mimik muka yang mempengaruhi si pendengar dan gerak geri yang dramatik.
Sudah tentunya penyampaian yang sebegini akan membuat kita terpesona dan terlupa rasional serta logika. Sehingga akhirnya kebenaran itu dikaburkan dengan kebatilan.
Kerana itu, di dalam sesebuah organisasi, seseorang yang bertukar jabatan kerana kenaikan pangkat boleh digosipkan sebagai seseorang yang diturunkan pangkat.
Orang yang mengundur diri daripada sesuatu jawatan kerana kurang sihat dikatakan sebagai dibuang dan orang yang mengubah pendirian kerana menghormati keputusan mesyuarat boleh dianggap orang berperangai lalang.
Si penyampai berita inilah yang menggodam apa yang benar kepada yang palsu. Malangnya, yang palsu inilah yang dipercayai.
Mengapa pula yang palsu ini dipercayai hingga ia menjelma menjadi benar? Ia terjadi kerana kita juga. Ramai di kalangan kita terdiri daripada mereka yang lebih suka mengangguk untuk mengiyakan.
Kita malas untuk berfikir sama ada apa yang disampaikan itu betul atau salah.
Lagipun, kita segan untuk mempersoalkan apa yang disampaikan kerana hendak menjaga hati si penyampai berita.
Akibat kasihan kepada si penyampai kerana tidak mahu dia malu alah jika kita bertindak dengan menyoal sumber berita yang disampaikan, akibatnya, kita memperoleh maklumat yang salah.
Oleh kerana kita perlukan maklumat untuk membuat keputusan, maklumat yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah.
Sepatutnya, apabila kita memperoleh sesuatu khabar, perkara pertama yang harus kita lakukan ialah bertanyakan sumber berita yang diperoleh si penyampai.
Dengan maklumat itu, kita harus terus merujuk kepada sumber itu untuk memperoleh kepastian. Tindakan ini akan mematikan fitnah di sumber asalnya. Dan, yang lebih penting, kita akan disegani kerana berani memberhentikan cakap belakang daripada berleluasa.
Dalam pada kita berani menghentikan cakap-cakap belakang, jangan pula kita terjerumus pula menjadi salah seorang daripadanya.
Ini boleh terjadi jika pada mana-mana ketika, kita malu untuk mengaku yang kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara apabila ditanya mengenainya.
Oleh kerana hendak menyedapkan hati si penanya, maka kita pun mencipta cerita yang kita rasa logik.
Tanpa kita sedari, tindakan itu akan menjadikan kita si penyebar fitnah. Sedar-sedar, rupa-rupanya, kita pun apa kurangnya?
Artikel ditulis oleh...
Norden Mohamed merupakan Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian terbitan Grup Media Karangkraf. Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd. dan Pengurus Sumber Manusia Grup Media Karangkraf. Graduan UiTM dalam bidang Senireka Perusahaan ini pernah menyumbang bakti sebagai Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Beliau menulis di maafcakap.blogspot.com.
Saturday, January 15, 2011
2 Sebab Kenapa Anda Tak Gembira
1. Sebab Anda sering persoalkan HAK, bukan melebihkan PERANAN dan SUMBANGAN.
Anda mempersoalkan hak, maruah dan siapa Anda kerana Anda di api-apikan oleh rasa EGO. Setiap orang ada ego masing-masing cuma dalam jumlah berbeza-beza. Anda tak gembira sebab Anda tak mainkan peranan dalam komuniti Anda berada sekarang ni – di rumah, di pejabat, di sekolah, di tempat kerja, di kalangan kawan-kawan Anda.
2. Sebab Anda selalu ingat kesusahan di masa lalu.
Anda selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada Anda. Anda selalu bayangkan kesusahan di masa lalu. Anda selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati Anda. Anda tak pernah memberi ruang untuk hati Anda mensyukuri nyawa dan hidup Anda!
Untuk Anda jadi gembira dan merasa gembira, bBe humble, bersederhana dan bantulah orang lain ikut kemampuan Anda. Orang lain ini adalah orang-orang di sekeliling Anda. Mulakan dari rumah atau di tempat Anda berada sekarang.
Cuba bantu mak Anda buat kerja-kerja rumah. Bantu dia sebab Anda ikhlas nak bantu. Just do it! Anda akan rasa gembira melihat orang lain gembira apatah lagi orang tu adalah ibu Anda. Contoh lain, jika Anda bekerja, relakan diri membantu kawan tanpa di minta, tanpa di sangka-sangka. Bantu sebab nak buat apa yang perlu, bukan nak harap pujian. Lakukan ini selalu dan Anda rasa gembira apabila dia kata ‘thank you’.
Friday, January 14, 2011
Kau...Aku...Pemimpin
Setiap dari kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga, jiran, memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawab tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul.
Berikut beberapa ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai perkongsian.
01.Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.
Terapkan cinta, minat dan rasa tanggungjawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli. Berikut Rukun 3T dan Prinsip 3K yang boleh diamalkan.
Rukun Usrah 3T [/B]: Ta'aruf, Tafahum dan Takaful
a. Ta'aruf- Saling kenal mengenal.
Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi.
b. Tafahum- Saling memahami satu sama lain.
Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli.
c. Takaful- Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah.
Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan.
Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan
a. Kebersamaan
Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. "Kau + Aku = Kita"
"Kita hendaklah bersama..", "Program kita menghadapi masalah...".. "Syarikat kita perlu mencapai.."
b. Kesefahaman
Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan.
c. Kebanggaan
"Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini".
"Aku bangga Kelantan menang piala Malaysia. Aku bangga jadi anak Kelate"
Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.
2.Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan.
Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa.
03.Sikap yang positif dan sokongan moral yang berterusan.
Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya.
04.Nilai-nilai yang baik diterapkan dalam kepimpinan.
Wujudkan nilai bersama yang menjadi pegangan dan amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya melandaskan 7 nilai utama : Jujur, Tanggungjawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin.
05.Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur.
Pemimpin sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri.
06. Kepimpinan melalui teladan.
Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan.
07. Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal.
08. Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka.
Sekian, semoga bermanfaat.
Wasalam.
"Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others."- Danny and Marie Lena "You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you." "Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking, and don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it." ~ Steve Jobs
Wednesday, January 12, 2011
Inspirasi Si Kecil bernama Semut
Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?
Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.
Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.
SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)
Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.
Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."
Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."
Hebatkan si kecil bernama semut?
Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.
Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.
Bagaimana menghadapi kritikan
Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan kita. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan kita
Dalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan kita di khalayak ramai.
Jika kita dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya kita kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.
01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat kita bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.
Lupakan kata-kata yang mengkritik kita, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara kita mempelajari sesuatu.
Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar kita membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat kita tidak bermotivasi.
02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati kita membara, panas sebab dikritik dan telinga kita pedas mendengar suara si pengkritik.
Turunkan ego kita. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.
Untuk kita kekal bermotivasi, kita juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu kita bahawa tindakan kita salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'.
Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya kita mempunyai peluang.
03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.
Sehebat manapun kita, elak untuk merasa riak atau merasa diri kita lebih bagus dari orang lain.
Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.
Bentuk diri kita agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!
Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya kita berpuas hati dengan apa yang kita berjaya capai.
Dengan itu, kita akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika kita mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, kita hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.
Lantas kita tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.
Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!
Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, kita akan sentiasa bermotivasi! Insyaallah
Dari blog GM Al-Wahida Marketing S/B
Pada Agen Stok Seluruh Malaysia
Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. Kita akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011.
Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.
Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.
Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.
Sekian
Wasallam
Monday, January 10, 2011
Sihatkah ANDA?????
Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang? |
Thursday, January 6, 2011
Pembukaan Azmiey Stokis & Herbalis Centre
Monday, January 3, 2011
Produk Pilihan Minggu Ini
Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain.Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi.
Keunggulan produk ini :
1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi
2. Mengandungi protin yang berkualiti
3. Lebih mudah diserap oleh badan
4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung
5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan
6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan
7. Mengatasi masalah kardiovaskular
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Scomber scombrus
2.Mallotus villosus
3. Clupea harengus
4. Engraulis ringens
Dos :
Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari
Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari
umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 28
Nilai Mata (NM): 15