Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Wednesday, October 28, 2009

RFC di Kluang


Oleh Zainuddin Zain

zainuddin@hmetro.com.my
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini membuka cawangan restoran makanan segeranya, Radix Fried Chicken (RFC) yang pertama di luar utara Semenanjung.

Destinasi pilihan syarikat MLM yang terkenal dengan produk jenama Radix seperti Kopi Radix, Radix Koko dan minuman bergas seperti Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Ais Krim Soda di Kluang, Johor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata perasmian cawangan terbaru di Kluang Mall, Jalan Rambutan itu berlangsung antara jam 9 pagi dan 1 petang, kelmarin.Menurutnya, Kluang rangkaian terbaru RFC selepas Lagenda Heights dan Laguna Merbuk di Sungai Petani selain Shahab Perdana, Alor Star.
Beliau juga mengumumkan satu lagi sejarah dilakar HPA apabila pizza HPA yang dinanti pengedar HPA dan umat Islam di negara ini beroperasi 17 Oktober lalu di Lagenda Heights, Sungai Petani.
Menurutnya, waktu perniagaan Radix Pizza House sama seperti rangkaian restoran HPA lain bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.“Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana semua produk dan rangkaian perniagaan HPA berkonsep halal dan suci selain menggunakan produk terbaik termasuk daging dan ayam organik seperti di RFC.“Pizza rangkaian terbaru perniagaan makanan HPA selepas RFC, restoran makanan Cina iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (roti dan biskut) dan Radix Chicken House (sate, nasi ayam dan ayam golek).“Kita berusaha mempelbagaikan lagi rangkaian restoran kita (HPA),” katanya.Ismail berkata, MLM HPA kini mengeluarkan coklat seperti Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk, Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel dan Radix Chocolate Milk yang dijamin menggunakan produk bersih dan suci sekali gus mengenepi keraguan umat Islam mengenai bahan tidak halal di dalamnya terutama membabitkan lemak haiwan.Beliau berkata, produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA ialah sardin yang akan menggunakan jenama Sardin HPA. “Pendedahan disampaikan penceramah, pemimpin dan pejuang HPA sama ada di dalam slot program motivasi atau kelas mingguan mengenai kemelut pemakanan umat Islam hari ini di mana antara makanan yang sering dikaitkan, pasaran sardin dalam tin yang amat mencurigakan daripada status halalnya. “HPA terus maju selangkah demi selangkah dan kejayaan memasarkan sardin dalam tin dan dijangka mampu merebut pasaran produk jenis itu di pasaran umat Islam,” katanya. HPA jugamengeluarkan produk pewangi tubuh Radix Men dan Radix Women.

Wednesday, October 21, 2009

Semoga Allah memberi kemenangan kepada kita.

MASTER RADIX KINI DIFAIL DI MAHKAMAH
HPA kini telah memfailkan "trade discription order(TDO) untuk tindakan kes Master Radix. Sama-samalah kita doakan akan kemenangan di pihak kita.

sumber. blog General Manager Al-wahida

Sunday, October 18, 2009

Radix Pizza House (RPH) - Sebuah lagi restoran makanan segera HPA dibuka di Sungai Petani.
Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telahpun mula beroperasi pada 17 hb Oktb 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani.
Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Seperti juga RFC (Radix Fried Chicken), RCH (Radix Chicken House), ROR (Radix Organic Recipe), ROC (Radix Oriental Cusine),
RPH juga menawarkan Nilai Mata kepada pengedar HPA iaitu setiap pembelian RM15 dikira 1NM.
-----------------------------------------------------------------------------
Insyaallah, Saya dan rakan-rakan yang akan mengikuti rombongan komiti Nilai ke HPA City akan singgah ke sini. Kami akan berada di sana bermula 24 Okt 2009 hingga 25 Okt 2009.

Friday, October 16, 2009

Madu


Dengan kuasa Allah, seekor serangga yang kecil mampu mengeluarkan sejenis penawar yang tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat. Serangga itu ialah lebah dan penawar yang dikeluarkan adalah madu lebah.

Allah berkata didalam surah An-Nahl ayat 69,

" Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warna, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia."


Nabi Muhamad saw berkata.

'Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga pagi setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.'

SUMBER DAN KHASIAT MADU LEBAH.
Madu lebah ialah Hectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga pollen menjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva. Madu lebah mempunyai gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam.
Apabila ia dicampur dengan sedikit air ia menyerap masuk kedalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan C disamping pelbagai zat logam seperti, magnesium, potosium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli sains dari kebanyakan negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 Desember 1993 di Cina. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamanya mengunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Dipersidangan yang sama, doktor-doktor dari Poland memberitahu para pewakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit bawasir, penyakit kulit dan sakit puan.

Thursday, October 15, 2009

ini yang orii..
PENYANGAK PRODUK TIRUAN! APA DAH JADI?!
Master Radix Masih Berleluasa, Ayuh Hentikannya!
Kopi Master Radix yang dihebahkan sebelum ini nampaknya masih meneruskan aktiviti jualan mereka tanpa segan silu dan kini sudah dipasarkan di merata tempat di bumi Malaysia. Imbas kembali berita Master Radix sebelum ini :
Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam.
Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:
Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.
Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.
1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix
( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA).
Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)
GM Alwahida Marketing telah mengingatkan kembali tentang isu ini di dalam blog beliau. Ini petikannya:
GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoran di sekitar Sabah.
Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Petani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.
Tambah geram menerima SMS Master Radix di jual di sebuah restoran di negeri Perlis.
Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.
Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan ‘mabuk ketupat’ raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah “cukuplah dengan apa yang ada sekarang”. Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.
I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan “MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS”. I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.
Kepada semua warga HPA yang membaca, sila copy and paste dan masukkan dalam blog masing-masing.
Harap disebarkan segera!

HPA bakal buka 100 RFC


Oleh Zainuddin Zainzainuddin@hmetro.com.my
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti. Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 260 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.
Harian Metro, Selasa-13/10/2009