Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri

Salam buat semua teman HPA dan para pengunjung blog saya ini. Terdahulu ingin saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada catatan, mahupun tindaktanduk saya menyebabkan ada yang terkecil hati mahupun marah. Aidilfitri sudah berlalu kini tugas yang tertanggung sebulan kerana ramadan akan diteruskan semula. Sepanjang ramadan pergerakan seakan terhenti pahadal sebenarnya tidak kerana ramadan kali ini adalah yang paling sibuk buat diriku sehingga tak tahu mana yang perlu diberi keutamaan kerana semuanya amat penting buat saya. Kerana itu jugalah blog ini tidak diupdate sebegitu lama.Insyaallah Rabu ini kelas mingguan Nilai akan bermula semula, buat teman-teman yang berkelapangan dan berhampiran dengan Cawangan HPA Nilai moh la kita ke Kelas recharge kembali diri kita.