Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, May 28, 2009

Majlis Bersanad bersama Ust Zulkifli Hussin


Tn Hj Ismail bersama Ust Zulkifli.
Saat bersedia untuk mendengar sendiri bagaimana hadist itu diturunkan.
Sebahagian peserta herbalis dan ahli HPA


Kak Aiju bersama teman-teman muslimah Herbalis




Semoga ilmu ini akan terus kekal dan dapat diteruskan.



Sunday, May 24, 2009

Lawatan Ke Kilang HPA

Semalam kami dibawa melawat ke semua kilang HPA. Awalnya kami ke Kilang Radix Kola kemudian terus ke Napoh melawat kilang Kordial, biskut dan toiletries, dan kemudian kami pergi ke Kilang Kopi Radix Automatik dan kilang Kilang GMP. seterusnya kami ke Kuala Perlis, kilang Kopi Radix semi auto, Radix Koko dan Teh Manjakani.Dihadapan kilang Radix Cola bersama Cikgu Zaidul Akbar yang sentiasa murah dengan senyuman.
Di hadapan kilang kordial
Para peserta mendengar taklimat sebelum melawat kilang.

Depan kilang Radix Cookies. Produk baru akan ke pasaran iaitu madu corcinium

Di hadapan kilang Napoh.

Dihadapan kilang Biskut









































Wednesday, May 20, 2009

Kembaraku masih jauh

Masyaallah setelah 9hari saya mengikuti kursus Sijil Herbalis ke 16 ini terlalu banyak ilmu yang saya dapat sehingga mahu terkeluar isi otakku... Kalau boleh ditambah memorinya mahu sahaja saya. Terasa rugi bila otak saya yang dah letih dipaksa untuk menerima ilmu lagi. Jadual yang terlalu padat membuatkan seakan sedikit kecewa saya kerana ilmu yang diberikan cukup menarik dan amat berguna untuk diamalkan. Saya menghargai ilmu tapi otak saya terhad untuk menerima semuanya dalam satu masa yang panjang tanpa rehat yang cukup. Walau macamana pun saya tidak ingin menjadikan ini halangan utk saya capai niat dan cita-cita yang telah saya pasakkan sebelum saya mengikuti Sijil Herbalis ini lagi. Sebenarnya inilah yang akan saya alami, selepas keluar dr sijil ini saya perlu berkhidmat utk umat yang memerlukan dan ini sebenarnya lebih memenatkan dan lebih mencabar dari ini. ini hanya sedikit latihan utk saya bawa ke masyarakat.

Sunday, May 17, 2009

Selangkah Ke Alam Herba

Alhamdullillah.. Saya dan rakan-rakan herbalis ke Rimba Herba Perlis..Tn Hj Ismail memberi taklimat mengenai herba dan kegunaanya dalam Perubatan Jawi.




Sebahagian peserta khusyuk mendengar taklimat drpada Tn Hj Ismail.Kami singgah ke Ladang Anggur Perlis.Pak Yayat menterjemahkan bacaan surah al-baqarah yang dibacakan oleh Ustaz Uwais Al hafiz tentang anggur yang terdapat didalam al-quran. Kebetulan waktu itu hujan renyai-renyai, kami berdoa di kebun anggur moga apa yang kami lakukan sentiasa dalam keredhaan AllahCikgu/Dr Zaidul Akhbar

Wednesday, May 13, 2009

Hari kedua

Kak Aiju bersama teman seperjuangan barunya.
En Jafri dengan slot Profil Syarikat dan perkembangan terkini Kumpulan HPA Industries Sdn Bhd.
Tn Hj Ismail membincangkan herba berpandukan buku JAWI Medicinal Herbs
Dr Zaidul Akbar dgn gayanya yang tersendiri dan cukup menarik.
Ustaz Irham menyampaikan Hadith.
Sewaktu khusyuk mendengar kuliah...
Abg Baha bersedia untuk mendengar kuliah.
Aktiviti dimulakan dengan Qiyammullail dan solat subuh berjemaah di surau Laguna Merbok.
Kemudian kami diambil dgn bas ke cawangan HPA Sg Petani untuk program Herbalis. Program dimulai dgn bacaan Ma'thurat dan Nazam HPA.
Kuliah bermula dgn Kuliah Tn Hj Ismail dgn membincangkan mengenai herba. Perbincangan dibuat berpanduankan buku JAWI Medicinal Herbs. Seterusnya kami membincangkan mengenai apa yang telah terjadi pada Ustaz Radzi. Apa yang dapat saya rumuskan kita perlu lebih memahami herba dan jenis masalah yang menimpa sebelum kita merawat. Rupanya kangkung boleh memecahkan bisul walaupun dia menyejukkan. Ilmu yang saya dapat adalah Tanah Liat Putih boleh mengecutkan peradangan dan sebaiknya jangan diletakkan minyak pada peradangan.
Kuliah seterusnya diteruskan oleh Dr Zaidul Akhbar membincangkan isu Halal Haram. Perbincangan lebih menjurus pada perawatan moden hari ini yang rata-ratanya mengandungi sumber yang amat meragukan.
Profil Syarikat dibentangkan oleh En Jafri Abd Bakar, Pengurus latihan, IT dan Multimedia Kumpulan HPA Industries SB. Banyak info baru yang saya perolehi, insyaallah akan saya sampaikan kepada Jaringan dan di Kelas mingguan.
Malam diisi dengan Video Motivasi yg dikendalikan oleh Dr Zaidul Akbar.

Monday, May 11, 2009

Hari Pertama

Hari Pertama saya dan rakan dr Komiti Nilai.
Slot bermula dengan bacaan ma'thurat dan Nazam HPA.
Slot pertama bersama Pengarah Urusan Tn Hj Ismail ahmad membincangkan buku Medicine Herb
Kemudian kami diajar Terapi Al-Quran oleh Drs Yayat dr Indonesia.
Malam pula kami dibentangkan mengenai Perubatan Jawi oleh Drs Pipit dan Drs Yani juga dr Indonesia.
hari baru akan bermula...ikuti catatan saya..

Herbalis Kali ke 16

Alhamdullillah saya telah selamat sampai ke Sungai Petani awal pagi tadi sekitar jam 3.30pg. Sampai aje disini kami terus singgah ke RFC. inilah kali pertama dapat menjamu selera di RFC tanpa perlu beratur panjang.
Setelah menjamu selera kami terus ke Laguna Merbuk untuk ke penginapan kami.
Terima Kasih kepada PJM/PJS Kak Bib, Yanie dan Kak Rohana kerana menghantar kami.
Saya bersama Abg Baha dan kak Aiju hadir ke Kursus Herbalis ini dengan tajaan Kak bib Penaung Komiti Nilai.
Insyaallah kami bertiga akan berusaha untuk mengumpul ilmu untuk kami curahkan semula kepada komiti HPA Nilai.

PBC Nilai

Sebahagian peserta Muslimah. Kali ini peserta muslimah hanya 8 org sahaja.
Saya sewaktu slot DEMO bersama Ust Abd Razak.
Saya bersama PJS Hj Zainal Ahmad yang mengisi slot 5 Angka.
Peserta Muslimin kali ini mendominasi PBC Nilai.
PBC ini adalah PBC terakhir saya buat bulan Mei ini kerana saya akan pergi menuntut ilmu herbalis di Perlis isnin ini selama 3 minggu.

Alhamdullillah PBC ini berjalan dgn lancar walaupun diawalnya para peserta terpaksa bersusah. Mereka terpaksa ke Cawangan Nilai utk slot pagi hingga petang. Selepas itu barulah mereka meneruskan kursus di Allson Klana Nilai.

Monday, May 4, 2009

2 dan 3 Mei 2009

Pada 2 Mei Komiti Nilai telah menganjurkan Kelas Diagnosis Saraf Tapak Tangan. Kelas ini telah dibimbing oleh Penaung Komiti HPA Nilai iaitu PJM/PJS Pn Siti Habibah Yusof.

Pada 3 Mei pula Komiti menganjurkan Kelas Asas Rawatan bekam yang sepatutnya dibimbing oleh Pengerusi Komiti Nilai, Ust Mohamad Radzi Hj Ariffin yang telah dimasukkan ke Hospital. Walau bagaimana pun saya mengambil tanggungjawab itu utk meneruskan legasi yang telah dibina oleh Ustaz Radzi. Bukan lah pandai sangat tetapi membimbing dengan pengalaman merawat yang saya timba sebelum ini.

Insyaallah saya akan mendalami ilmu mendiagnos Saraf tapak tangan,bekam dan lain-lain di kursus Herbalis nanti. Selepas itu saya ingin menyampaikan dan berkongsi ilmu yang telah saya timba disana nanti. Ini harapan dan tanda terima kasih saya pada Komiti Nilai dan kak bib yang telah menaja saya ke Kursus Herbalis ini.