Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Thursday, April 30, 2009

Diapers Baby akan dipasarkan

Petang tadi (29 April) telah berlangsung mesyuarat akhir projek pengeluaran produk terbaru HPA iaitu Babyku Diapers. InsyaAllah, produk ini akan berada dipasaran selewat-lewatnya pertengahan May 09.

Antara kelebihan lampin pakai buang yang HPA keluarkan ini ialah:
1. Gred terbaik.
2. Satu-satunya lampin pakai buang keluaran Muslim.
3. Pelekat tahan lasak (vikro) yang mampu lekat berulang kali.
4. Leak guard.
5. Penyerapan extra.
6. kain yang berkualiti tinggi.

Diambil daripada website http://bizdevhpa.blogspot.com/

Aktiviti Minggu Ini

Pada hari Selasa (28 April 2009 ) dijemput ke Perasmian Stokis AU4.
Bersama sebahagian keluarga Penganjur, En Zulkifli Adam.
Pelanggan berpusu-pusu membeli produk HPA selepas program perasmian.
Sebahagian yang hadir.
Bagi yang berhampiran bleh la berurusan dgn no yang tertera.

Perasmian dan kenduri kesyukuran...

Monday, April 27, 2009

25-26 April 2009..Suka duka seorang Pejuang..

Selepas program PBC tamat kami bergegas ke Hospital Seremban untuk melawat Pengerusi Komiti, Ust Radzi. Beliau pada mulanya berkeras utk tidak mahu ke Hospital utk dirawat.Pengerusi Komiti Nilai, Ust Mohammad Radzi Hj Ariffin dimasukkan kedalam wad utk dibedah kerana mengalami bisul. Bisul yg menyerang beliau dikatogerikan bisul jahat dimana ianya akan menyerang seluruh sistem tubuh. Tp alhamdullillah kerana berkat pengamalan Herba HPA yang berterusan ianya tidak menyerang tulang dan masuk ke dalam darah Ustaz.
Pemimpin Contoh. Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa bagus Ust masih sempat memberikan kami motivasi dan berpesan kepada kami utk teruskan perjuangan ini. Sebak saya dengar kata kata beliau. Beliau berpesan supaya kami jangan berhenti menaja dan bercakap, berjuang dan berkorban utk HPA. Tapi saya percaya, kalau ada 1000 org pemimpin seperti Ust Radzi ini dalam HPA, kita ( HPA ) akan menawan seluruh dunia ini, insyaallah.. marilah kita doakan kesihatan dan penderitaan beliau segera kembali seperti sedia kala.

Sekitar PBC Nilai, 25-26 April 2009


Peserta Muslimah Terbaik.. Pn Rohaizah Mohamad Soho...
Peserta Muslimin Terbaik Shafriezal Md Kasim
Kumpulan Terbaik Program Perkongsian Bijak Cemerlang 25-26 April 2009

Barisan urusetia bertugas pada kali ini, Ramai diantara AJK tidak dapat bersama kerana mempunyai komitmen lain.
Para peserta PBC bersama urusetia bergambar kenang-kenangan.

Monday, April 13, 2009

PBC ALLSON KLANA


















Alhamdullillah PBC Nilai dah selesai.. Syukur kehadrat ilahi walaupun berlaku perubahan tempat dari De Palma, Ampang ke Allson Klana tp peserta yang berdaftar awal tetap hadir walaupun telah ke De Palma Ampang terlebih dahulu. Malahan ada yang telah tersesat sampai ke Seremban namun tetap juga bersama kami akhirnya.
PBC Nilai kali ini bertuah kerana PJS Tuan Syed Ageel telah hadir. Perasmian kali ini dirasmikan oleh PJM Rosmandi Ishak, Tim. Presiden KPA yang seterusnya memberi slot Halal Haram.
Tayangan Malam dan Demo Produk seperti mana biasa adalah tugas saya. Hehehe cuma kali ini Iodin yang dibeli tak memenuhi syarat. tapi takpe kerana ubat gigi memainkan peranannya. Iodin yang perlu utk buat demo adalah sekurang-kurangnya 10%.















Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan komitmen para peserta kali ini.

Thursday, April 9, 2009

Hari ini

Hari ini aktiviti penuh, dari pagi saya dah keluar untuk service downline, kemudian ada appointment dgn dealer souveir utk buat keychain dan card holder utk Komiti Nilai.

Tengahari pula jumpa PJS Abg Zul utk pulangkan broadbandnya yang bermasalah tempohari, alhamdullillah takde la susah sgt nak atasinya.
Kemudian saya ke Kajang dgn niat nak beli Aiskrim, niat tu nak beli byk sebab dengar baru sampai je. Tapi bila dah sampai cawangan cuma yang tinggal hanya 3 aje. Nak tak nak saya ambik la 2. tinggalkan 1 tu utk org lain yang nak rasa plak.
Dari Kajang terus ke Seri Kembangan, service downline bagi dia rasa aiskrim perisa kopi Radix tu.. dah lama dok citer ngn dia aiskrim,aiskrim. Hari ni dapat la dia rasa aiskrim tu. Seronok tgk org tua makan aiskrim apatah lagi budak-budak.. hehehe
Kemudian terus ke Nilai, nak gi jumpa Abg Norsham. Jumpa di Cawangan Nilai dan lepas borak-borak dapat la dia sebekas Aiskrim perisa Kopi Radix sebagai tanda terima kasih saya kepadanya. Nak bagi lelain lum lagi la, bonus saya masih ciput lagi. hehehehe
pehhhh penat sungguh hari ini. Walau apa pun ini lah perkara yang saya suka buat... Bukan senang nak senang dan bukan susah nak buat orang seronok..

Sunday, April 5, 2009

PBC Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Inilah PBC Kuala Pilah yang pertama diadakan di Desa Inn, Kuala Pilah. Tempatnya cukup menarik dan selesa. Dikali ini saya telah memberi slot Profil Syarikat, 5 Angka 5 bulan, dan demo berkesan


Alhamdullillah PBC Kuala Pilah telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun penyertaan tidaklah ramai sangat tetapi mereka adalah peserta yang cukup berkualiti. Dan PBC kali ini dihadiri oleh rakan kongsi baru saya iaitu saudara Mohd Noorsham
dan 2 lagi rakan kongsinya Raja Mohd Zulkifli dan Mohd Fadzil. Mereka semua cukup bersemangat dan telah merangka byk program. Allahamdullillah puji-pujian bagi Allah yang melimpahkan rahmatNya keatasku.
Syukur setelah sekian lama ku mencari sebutir mutiara, dengan izin Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akhirnya pencarian ini telah kutemui. Dan ini bukanlah yang terakhir tapi inilah penolakku untuk aku lahirkan lebih ramai lagi pemimpin rangkaian dibawahku. Insyaallah.