Jadilah Sihat


Lorong Ehsah Hj Ismail, Batu 21 1/2 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan. Sila hubungi Perawat kami - Pn Haryani 019-3438385 - Herbalis En. Azmely 019-3286037 -

Tuesday, March 31, 2009

Sate Ayam Organik HPA


Subhanallah.. hanya Allah sahaja yang tahu... Saya terpegun dengan keenakan rasa sate Ayam Organik HPA yg baru je sampai ke Lembah Kelang ni. Alhamdullillah sy memang minat sgt dengan sate ni. hehehe rasa satenya sgt hebat dgn harga yang cukup berpatutan RM12/20 cucuk dgn 2nm itu menjadikan sate ini yg terbaik dan tersedap ( itu pandangan sy, tuan-tuan sy tak tahu )

Monday, March 30, 2009

Program Gen 2 di Excel Training Centre


Kehadiran peserta Gen-2 adalah 84org peserta yang datang dr johor,Pahang,Selangor dan Perak. Alhamdullilah program kali ini nampaknya berjaya melihatkan dr penglibatan peserta dan daya juang yang ditunjukkan oleh setiap peserta.


GM Al-Wahida Marketing, En Faisol Abd Rahman merasmikan Program Gen-2 ini dan seterusnya mengambil slot Tugas Dan peranan Pemimpin HPA. Motivasi yang diberikan membuatkan sy lebih bersemangat. Walaupun saya tak dapat mengikuti seluruh Program kerana terpaksa bertugas untuk memastikan Program berjalan lancar. tugas sy pada program kali ini agak berbeza yang selama ini saya lakukan di Nilai. Disini sy bertindak menyediakan borang pendaftaran,borang kajiselidik dan juga menyiapkan sijil pada mereka yg hadir. Dan juga tak lupa menyediakan ayam organik BBQ dan membakar Ayam. Kerja yang agak penat tp amat menyeronokan bila melihat peserta makan dgn penuh selera. hehehe menjadi jugak resipi sy tu. Dah lama tak perap ayam ni, resepinya pun tak berapa nak ingat.


Lagi menyeronokan dapat mendengar penjelasan Ust Ahmad Adnan Setiausaha Panel Syariah dan juga Pengurus Pentadbiran HPA.

Dan juga tak lupa tips-tips yng berguna dr Top Leader kita PJM/PJS Cikgu Murad.

Hj Khalid Iskri dgn slot Peranan Fasilitator, yang ini juga amat membantu sy utk memantapkan lagi tugas dan peranan sy sebagai Penyelaras program Komiti Nilai. semoga sy dpt apply kedalam program Komiti.

En Badrul Sani, Sgt menarik slot yang disampaikannya iaitu slot Bijak Berbicara. Dgn ilmu dan Tips yang diberikan sy harap dapat membaiki kekurangan dan kelemahan dalam pengucapan saya.

Penat dan lelah dihargai, sijil yang kutaip sendiri diberikan oleh Presiden Kelab Pemimpin Al-Wahida, PJM/PJS Hafidzan Fauzi. Alhamdullillah byk ilmu baru yang sy dapat dalam program Gen-2 ini. Semoga ilmu ini akan sy menafaatkan kepada para pejuang HPA di PBC kelak.

Friday, March 27, 2009

Kuliah Perubatan Jawi



Semalam saya ke Hotel De Palma Ampang untuk menghadiri KPJ. Ini adalah kali pertama KPJ diadakan disana.

Disana Tn. Hj menceritakan tentang kencing manis dan bagaimana nak merawat. Dan kemudian tn hj mengumumkan perkembangan terkini syarikat dimana RFC dijangka akan dibuka sebanyak 20 cawangan sehingga akhir tahun ini.

Sijil Herbalis akan diadakan pada 11 Mei 2009 hingga 31 Mei 2009.. Insyaallah kali ini termakbul la impian sy untuk mengikuti sijil herbalis. Terima Kasih pada Kak Bib kerana beliau la sy dapat ke Sijil Herbalis kali ini.

Dan besok akan berlangsungnya program menjana pemimpin berhemah ( Gen-2 ), insyaallah sy akan berada disana.

Thursday, March 26, 2009

Kelas Mingguan Nilai 25 Mac 2009..

Kelas Nilai semalam kehadiran agak memberangsangkan, lebih kurang 60org. Alhamdullillah



Seperti biasa kelas dipengerusikan oleh ust Razak dan saya mengisi slot Profil Syarikat.



Kemudian PJS/Herbalis Fatin dengan Slot Produk Knowledge - Morin-A.



Yang istimewa hari ini Presiden KPA, PJM Hafidzan membentangkan Pelan Pemasaran secara terperinci.

Wednesday, March 25, 2009




GARLIC OIL SOFTGEL
- sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia
1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium
13. Mengonsumsi 2-3 siung bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meringankan tukak lambung
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.
Harga Semenanjung
Pengedar: RM28.00
Penguna : RM32.00
Sabah/Sarawak
Pengedar : RM32.00
Penguna : RM36.00



Monday, March 23, 2009

PBC Allson Klana Nilai


PBC Nilai dah berlalu semalam, sy smpai pada sebelah malam hari sabtu tu, makanya sy terlepas hari pertama dengan peserta. Walau bagaimana pun sy sempat bersama mereka dengan mengendali slot tayangan malam dan malam bintang-bintang. Malam ini sy beri kelainan iaitu sy menjemput semua AJK Komiti Nilai kedepan utk berkongsi pengalaman mereka.

Pada sebelah pagi ahad selepas produk knowledge yang disampaikan oleh Ust Radzi, giliran sy pula untuk slot demo yang memukau.




Thursday, March 19, 2009

Kelas Mingguan

Semalam kelas mingguan di Nilai, Minggu ini kehadiran agak menghampakan kerana cuma 20 org sahaja yang hadir. Walau bagaimanapun ini tidak mematahkan semangat saya utk menyampaikan slot yang telah dipertanggungjawabkan. Minggu ini slot saya adalah profil syarikat dan pelan pemasaran.

Slot ilmu produk pula diisi oleh herbalis Aminnudin dengan tajuk EQ Minda. dan Ust Radzi pula mengisi slot Motivasi dengan mewar-warkan rancangan Komiti Nilai untuk melawat ke Perlis dan kedah. Melihat perkembangan HPA dengan mata kepala sendiri ( seeing to believe ). Moga semua yang pergi pulang dengan semangat membara utk lebih motivasi dan seterusnya menyalurkan motivasi itu kepada bakal prospek nanti, insyaallah.

Dan tempat hanya sekadar 42 shj. Siapa cepat dia dapat. Insyaallah Tarikh lawatan adalah 18-19 APRIL 2009. RM150 shj. Tarikh tutup 1 APRIL 2009

Tuesday, March 17, 2009

PROGRAM DI PANGSAPURI MAWARSARI, KERAMAT

Alhamdullillah semalam kami beberapa AJK Komiti Nilai telah dijemput kesebuah program yang dianjurkan oleh En Hazuan Zulkifli. Terima Kasih kerana menjemput kami dan layanan baik yang kami terima.

Kami sampai disana dalam lebih kurang 7.30mlm, selesai solat Maghrib kami dijamu makan malam. Selesai makan kami solat Isyak dan kemudian barulah ke dewan blok C pangsapuri tersebut. Program bermula agak sedikit lewat. Walaubagaimanapun sambutan agak baik, lebih dari 20org yang hadir.

Program dimulakan dengan aluan dr penganjur kemudian majlis dimulakan dengan Isu Halal Haram yang disampaikan oleh Ust. Abd Razak Mohamed, Biro Kerohanian Komiti Nilai. Riaksi yang hadir malam itu nampak terkejut bila slide menunjukkan antara makanan yang meragukan yang diambil dr buku Halal Haram terbitan CAP.

Program diteruskan dengan Profil HPA yang mana menjadi alternatif terbaik umat Islam dalam mencari produk Halal,suci lagi baik. Saya dipertanggungjawabkan utk menyampaikan slot ini dan seterusnya membuat sedikit demo. Saya mengambil kopi radix, teh herba dan air mineral HPA label merah sebagai sample saya kali ini. Tepukan kedengaran bila lampu menyala terang dalam kesemua sample itu.. malahan ada yang melopong melihatnya.. hehehehehe.

Program kemuncak adalah diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan, alhamdullillah ramai yang mengambil peluang mengesan tanda penyakit yang ada pada mereka. Macam biasa la ni kan slot kegemaran Kak Bib. Alhamdullillah jualan produk juga agak laris malam itu.

Program berakhir lebih kurang 11.45mlm. sebelum itu kami dijamu dengan jamuan ringan. Alhamdullillah selesai satu lagi program yang pada saya berjaya. tahniah kepada Abg Hazuan diatas penganjuran program ini.. kejayaan bukan mudah jalannya, banyak liku dan halangan menanti dihadapannya. insyaallah sekiranya kita istiqamah dan bertawakal serta berdoa maka bantuan Allah akan bersama kita. Wallahuaklam

Monday, March 16, 2009

Hari ini

Assalamualaikum.. Dalam kesibukan jadual hari ini dapat jugak mengambil ruang utk memblog, Pagi tadi bermesyuarat di Cawangan HPA Bandar Baru Bangi. Bermesyuarat utk Program Gen 2 KPA yang akan diadakan pada 28-29 Mac 2009 bertempat di Excel Training Centre di Broga.
Sebenarnya Ketua Unit Latihan KPA iaitu PJM Rosmandi telah menyerap aku sebagai salah seorang AJKnya. Terkejut juga kerana aku tak pernah pulak memohon utk menjadi AJK latihan, tp tanggangjawab ini aku terima kerana inikan perjuangan. Soal pangkat dan jawatan tak perlu menjadi isu. Isunya mcmana kita dapat melaksanakan tugas yang diberikan.. isyaallah mungkin inilah Allah mahu,supaya aku lebih mantap dan terus kuat utk bersama HPA demi memperjuangkan nasib agama,diri,keluarga,bangsa dan negara..

Petang nie pulak ada program di Keramat, memenuhi permintaan Abg Hazuan dan Kak Bib. Ada demo jugak tu rasanya.. Hehehe nanti habis program aku akan update ceritanya..

Saturday, March 14, 2009

Tulisan PU

koleksi pakaian HPA
HPA collection kini telah mengeluarkan baju kemeja lelaki dengan butangnya tertulis perkataan HPA.Baju baru ini dibuat dari kain terbaik dari korea dan dijual dengan harga yang berpatutan.Kita akan mula membuat corak batik dengan usahasama dengan uitm Merbuk dan akan berada dipasaran dengan secepat mungkin.Bagitu juga dengan pakaian anak-anak kecil yang menutup aurat sedang dalam persiapan.HPA juga sedang mencari pereka fesyen pakaian dan pereka motif tekstil bagi menampilkan pakaian menutup aurat seperti syariat terutama untuk semua peringkat umur.Ini melengkapkan peniagaan HPA dalam semua bidang yang menjadi keperluan umat Islam.Amin.

Sate Radix
Minggu ini kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku.Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan.Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis.Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan.Selamat mencuba resepi organik kita bersama. ditulis oleh Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Ahmad

Lihatlah betapa pantasnya HPA bergerak, jikalau para pengedar tidak memanfaatkannya rugi besar la... ermmm bila la kita yang berada di Lembah Kelang ni akan mempunyai semua perniagaan HPA di tempat kita ni. Hrp pihak pengurusan dapatla beri peluang pengedar di Lembah Kelang ni merasa apa yang pengedar di Utara rasai.. Sekurang-kurangnya pengedar baru, tahu betapa hebatnya HPA ni.

Bekam

Malam smlm aku membekam suami kepada jaringan Yanie, Kak rose. Tapi Kak Rose masih belum mahu berbekam lagi.. Takut katanya.
Bercakap tentang takut, aku juga suatu masa dahulu pun takut dengan bekam ni. Manakan tidak masa aku pertama kali lihat org di bekam di Pasar Malam, masa tu aku kecik lagi.
yang aku ingat mereka mengunakan buluh dan pisau cukur. Pisau cukur tu la yang menakutkan aku kerna aku melihat pembekam tu seolah-olah mengelar jer... Hehehehe tu dulu sekarang aku plak yang membekam. Itupun setelah merasai kehebatannya..
Barangsiapa yang belum berbekam lagi.. bekam la kerana selain ianya sunnah nabi SAW ianya sgt iffektif dan murah utk perawatan penyakit..

Friday, March 13, 2009

Perjumpaan Komiti Putrajaya

Hari ni aku dpt juga bersama Ustaz Radzi, Pn Nor Raidah dan Haryani g ke perjumpaan Komiti Putrajaya. Selain drpd kami PJS Hj Zainal dan PJS Hj Marjuni juga hadir. Mereka membentangkan Profil Syarikat dan Pelan Pemasaran.

insyaallah Putrajaya akan mampu melahirkan ramai lagi Ahli HPA..

Thursday, March 12, 2009

Dipetik dari tulisan PU

Khalifah fil Ardh
Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi bagitu dan bagini.Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit cinta dunia dan takut mati.Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu.

Wednesday, March 11, 2009

Tahniah Komiti HPA Bangi..

Selepas balik dari Pulau Sebang, aku terus ke Bangi untuk program Perasmian Cawangan Bangi dan Pelantikan Jawatankuasa Komiti HPA Bangi.


Ramai yang datang memberi sokongan. Majlis berjalan lancar walaupun bermula agak lewat sedikit. Sepatutnya majlis bermula kol 8.30mlm tp di sebabkan waktu tu masih x ramai org, majlis bermula kol 9mlm.


Antara PJS yang hadir ialah PJM Rosmandi Ishak selaku Penaung Komiti Bangi juga sbg pengerusi majlis, PJM Hafizdan Fauzi turut memberikan Slot Pengenalan Syarikat secara ringkas dan info terkini, PJS Aznin Ujang memberikan Slot Pelan Pemasaran, PJS Abg Zul, PJS Tn Hj Shahir, PJM Siti Habibah dan PJS Noraini.


Perlantikan dimulakan pada pukul 10.30 mlm dan berakhir pada pukul 11.30 mlm. Komiti Bangi amat bertuah kerana Jawatankuasa yang dilantik rata2nya dikalangan ustaz dan ustazah. Tahniah kepada Komiti Bangi.


Di akhir majlis, hadirin di jamu dengan Kopi Radix, Radix Kola dan Radix Cookies. PJM Hafidzan ada mengumumkan beberapa info terkini syarikat. antaranya ialah HPA Ilham Holiday kini sedang menguruskan Pakej Umrah.Pakej ini berharga RM6,000.00 dan nilai mata sebanyak 50.



Juga info mengenai KONVEK HPA yang akan diadakan,



Tarikh : 25 Julai 2009



Tempat : Tapak MAHA, Serdang ( 20,000 tempat)



Yuran : RM50.00 termasuk buffet mkn tengahari dan dessert aiskrim Toyyibah



Sama-samalah kita nanti hari bersejarah HPA.Dan jangan lupa rebut insentif yg disediakan oleh syarikat kepada semua pengedar.

Maha Suci Allah...

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Maha Suci Allah yang telah memberikan aku berita2 gembira sejak dari pagi sehingga ke malam hari.

Allah Maha Besar,sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Hari ini, aku berjumpa dengan seorang sahabat yang mahu berjuang bersama2 dalam industri produk halal HPA.

Nama sahabat baru aku ni Mohd Noor Sham.Dia bertugas di AADK Pulau Sebang.Dah 2 ari katanya dok mencari maklumat pasal HPA. Baru ptg td dia sms bgtau nak jd ahli dan nak ikut program PBC. Katanya, dia tertarik dengan pengisian program kerohanian yang kami jalankan.

Yang mana, kami sebagai urusetia akan bersama para peserta bgn di sepertiga mlm utk berQiamullail. Aku sempat berjumpa dengan dia dan alhamdulillah, kini dia sah menjadi ahli HPA.

Dia juga berminat dlm kaedah perawatan yg ada dlm HPA spt Perawatan Bekam, Akupuntur dan lain2.Dia juga bercadang utk menganjurkan program perawatan utk membantu pelatih2 yg akan keluar supaya mereka dapat berdikari dan bekerja sendiri tanpa mengharapkan utk bekerja dgn org lain.

Insya Allah, perkara tersebut akan dibincangkan. Semoga matlamat ini akan tercapai.

Tuesday, March 10, 2009

Kesedapan Aiskrim HPA


Rugi rasanya tak dapat bersama-sama Komiti HPA semalam. Dengarnya satu bas bertolak dari Nilai dimana adalah lebih kurang 30org.


Dgr lebih kurang 3000org yg hadir ke seminar MLM Syariah semalam..


Sampai duduk bawah lagi...


Dan kemudian pelancaran aiskrim Toyyibah.. sambutan sangat diluar jangkaan.


Walaubagaimanapun.. aku tetap dapat merasa 3 perasa aiskrim, koko,jagung dan vanilla. Rasa dia cukup lembut dan mmg la sedap.. nasib baik kat umah org kalu tak dah tentu habis 1 mangkuk. hehehehehe. Makasih Kak Bib.



Dah selamat sampai..

Perjalanan pulang hari ini tidak berapa lancar kerana hujan lebat sepanjang perjalanan...
Alhamdullillah kami selamat pergi dan balik.. walaupun dalam perjalanan pulang berjumpa dgn 2 kemalangan dan menyebabkan kesesakan lalulintas. kejadian berhampiran dengan R&R Seremban.

Kami bertolak jam 4.30ptg dr Jeram Batu, Pekan Nenas dan sampai rumah Kak Bib di Nilai jam 9 lebih. Erm kami dijamu dgn Aiskrim HPA alhamdullillah walaupun tak dapat bersama dengan pelancaran MLM Syariah dan Aiskrim Taiyibah tapi sekurang-kurangnya dapat jugak merasai kesedapan Aiskrim HPA.... Memang sedap sangat..

Lepas tu sesi memulangkan barang la plak... Maka dapat la invois drpd kak Bib berjumlah 498 nilai mata. Banyak jugak sebenarnya kalau kita betul-betul serius utk buat demo ni kan...

Lepas ni aku berazam nak bantu jaringan dengan demo la plak sekurang-kurangnya sekali sebulan. Bukan apa selama ni jaringan aku tak berapa suka nak buat demo, dah berbuih aku soh buat tapi alahai....

Nak maintain pun senang dan penajaan pun berlaku.. Banyak faedah yang kita dapat semasa buat demo ni..

Bulan depan kami dijemput sekali lagi kesana tapi mereka request bekam la plak. Insyaallah aku akan minta tlg sahabat di Komiti Nilai utk bantu program aku nanti...

Monday, March 9, 2009

Testimoni

Pagi ini yani terima 1 sms daripada jaringan di Kg Org Asli Simpang Arang iaitu Marinah... Beliau la yang mengajak kami ke sana.
Catatan smsnya sy kongsi bersama...
Salam..btl ckp akak, produk HPA mmg bgus, xknal maka x cinta, x tau sbb x rasa. Produk HPA membantu kita menikmati hidup yang lebih selesa, hehehehe. Skrg br sy YAKIN. Sy baru sekali minum KOPI RADIX campor Bijirin. Mmg sedap dn kenyang. Spirulina sy makan mlm td, pg ni sy bgn dgn segar padahal minggu ni sy sibuk dgn keja, bdn mmg letih. Thank coz kenalkan sy dgn HPA. Marinah

Seronok sgt dia.. alhamdullillah semoga Marinah akan menjadi pengguna yang cukup setia dan menjadi usahawan HPA yang berjaya.. Amin

Sunday, March 8, 2009

Mengempur Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah Johor



Alhamdullillah.. sambutan agak mengalakkan, lebih 20 orang yang hadir...


Program bermula jam 3ptg berlanjut hingga 6ptg yang kemudiannya disambung semula jam 7.45mlm atas permintaan. Sebahagian yang hadir....


Yani sedang menyusun barang utk pameran.


Pada program ini saya selitkan profil syarikat dan pelan 5 angka. Alhamdullillah matlamat hari ini dapat dicapai iaitu menaja, pengenalan produk dan diagnos tapak tangan. Hasilnya, berjaya menaja 6 orang. Jualan juga amat memberangsangkan, hampir 500nm.



Sedang mengdiagnos...

Sedang bercerita tentang halal dan haram serta perjuangan HPA.. apakah sebenarnya matlamat kita setelah menjadi ahli.
Program tamat lebih kurang 10mlm..

Saturday, March 7, 2009

Sabtu...perjalanan diteruskan...

Salam... Alhamdullillah sekarang dah selamat sampai kat kampung yani.... Banyak cerita menarik nak di kongsi bersama kalian...
Pertamanya sampai je di Tampok singgah sarapan roti canai di kedai Abg Long Yani, dan jugak untuk menghantar barang yang dipesan.. Disebabkan kereta penuh ngan barang HPA maka byk la yang dibelinya.... Siap promote lagi kat kawan-kawan dia tu... Dalam borak-borak adalah kakak sorang nie kata cawangan HPA di Rengit tu dah dibuka..
Makanya kami pun menuju ke sana dengan hajat utk mencari cawangan, bila dah tau senang la nak soh jaringan gi beli sana...

Sampai disana berjumpalah sepasang suami isteri. Mcm biasalah org HPA ni kan ramah tamah.. Selepas bertaarof sikit sebanyak rupanya abg ni seorang pengurus stokis dan kedainya di belakang cawangan Rengit tu jer.. Sepelaung jer.. baik orgnya.. Kami adalah orang keempat pelanggan cawangan tu.. abg ni yang ketiga....Abis beli brg beliau mempelawa aku ke kedainya pula...

ni la abg zamri
Abg zamri bersama isteri di kedai mereka.
Aku plak berposing bersama sahabat baru..
Kami berposing di kaunter mereka plak

Lama sungguh kami borak di sana... akhirnya kol 1 lebih td kami smpi ke kampung yani..



Separuh perjalanan...

Aktiviti hari ini...

Sebelah pagi aku menghantar barang kepada downline di KUIS. Kemudian singgah ke rumah ustaz Radzi memulangkan buku bekam. Sayangnya aku tak dapat join aktiviti bekam pada hujung minggu ni sebab aku ada undangan dari jaringan baru untuk buat demo. Bila lagi nak membesarkan jaringan??? Nilah masanya. Nak harapkan bantuan upline, ntah bila tak tau.

Sebelah petangnya plak aku p umah kak bib ambik barang.hehehehehe...walaupun aku stokis tp barang aku x bape nak cukup. hehehehehe.... Hajat hati nak bertolak awal tp bila dah pekena Mai Secawan, jd bercawan-cawan la plak. Pehtu dijamu plak ngan RFC, makin bertunggu tangga la kat umah kak bib. kih kih kih...

Kebetulan plak Ustaz Radzi 1 famili, PJS Abg Zul, PJS Kak Ni mai pasal nak bli broadband yang komiti nilai jual tu. Kalo berminat nak bli broadband ble la contact Ustaz Radzi. Promo ni..hehehehehe.. bila dah ramai-ramai mcm2 la criter.makanya perjalanan aku tertunda.

La ni, aku kat R&R Ayer Keroh, Melaka. Rehat jap pekena Mai Secawan bagi segar sket maklum le jauh lg tu perjalanan. Sat lagi nak gerak dah. Korang nak tau, aku benti kat stesen minyak. Ada plak 1 keta tu parking baik punya. Blocking jln aku plak tu. Tau la ngatuk, basuh muka ngan air mineral x tau apa jenama, pehtu selamba campak botol kosong kat bawah. Yg sadisnya, tong sampah selangkah jer kat depan mata. rasanya org educated, pakai keta besar, pakaian kemas berkemeja tp sivik zero. camne la Malaysia nak bersih. Tu org yg educated, kalo yg bukan????

ok la. Takat ni jer blog aku.nak teruskan perjalanan. target aku sampai sebelum subuh.

Wasalam

Thursday, March 5, 2009

RABU...KELAS MINGGUAN CAWANGAN NILAI



Semasa sedang membentangkan Profil Syarikat

Macam biasa setiap hari rabu, Kelas Nilai menerima kehadiran lebih kurang 35orang. Alhamdullillah kehadiran dah semakin meningkat. Seingat aku dulu, kehadiran cuma belasan orang sahaja..
Semenjak kempen boikot nie nampak sangat yang umat islam sebenarnya prihatin dengan apa yang terjadi pada saudara kita di Palestine. Semangat Palestine meruap-ruap dalam diri masing-masing.

Kelas semalam menerima kehadiran 2 bekas peserta PBC De Palma Ampang, mereka adalah Abg Hazuan dan Abg Qhahar... Masing-masing begitu bersemangat.. Alhamdullillah.
Kak Bib tengah bagi Motivasi tu...

Slot minggu ni, aku pulun habih... hehehehehe bukan apa PJS bertugas x hadir dan terpaksa la mereka dengar dari aku yang baru bertatih ni... Moga apa yang disampaikan dapat diterima oleh mereka.

Minggu ni Produk Knowledge " Habbatussauda"... Baru tau yang herba ni telah digunakan lebih dari 3000 tahun. Juga sangat baik untuk semua penyakit kecuali as sam....( MATI ).. Disampaikan oleh Ustaz Radzi.. Beliau juga merupakan seorang Herbalis..

Semoga kelas Nilai akan dihadiri lebih ramai rakan kongsi pada masa-masa akan datang..

Insyaallah sabtu ni aku akan berangkat ke gelang Patah, Johor kerana ada jemputan dari salah seorang jaringan disana.. Mereka panggil utk buat demo.. Akan ku gempur Kampung itu.... insyaallah. Doakan saya memperolehi kejayaan disana...






Nak tau Sinergi Herba... SMS la

Kod SMS info penyakit dan Sinergi Herba
Berikut disenaraikan kod sms bagi pertanyaan sinergi herba untuk penyakit-penyakit yang dihadapi.
Cth sms: RADIX INFO SH004 - dan hantar ke 33886 (pertanyaan ini adalah untuk penyakit buasir)
KOD & MASALAH
SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAM
SH017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUHSH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH

Wednesday, March 4, 2009

Satu Kenangan


Alhamdulillah....


Setelah hampir setahun bersama Komiti HPA Nilai.... Aku mendapat terlalu banyak yang tak termampu untuk aku ungkapkan... Terima kasih Kak Bib dan Ust Radzi kerana atas kepercayaan yang diberikan.


Banyak kenangan yang tercipta dan yang penting terlalu banyak ilmu yang dapat aku pelajari bersama komiti.


Hubungan ini insyaallah akan ku pelihara sebaiknya. Semoga ikatan ukhuwah ini menjadi lebih mantap dan berkekalan hendaknya.

Mukadimmah

Assalammualaikum WBT

Alhamdullillah syukur ke hadrat ilahi dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk membina blog saya sendiri.

Insyaallah, Dalam blog ini akan saya muatkan aktiviti harian saya bersama HPA dan komiti HPA Nilai, Negeri Sembilan.

Semoga usaha yang kecil ini akan dirahmati olehNya....